Monday, October 16, 2023

GAGASAN RAKYAT SEMAKIN MENDAPAT SAMBUTAN

MENJELANG Persidangan Tahunan Pertama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada bulan November, parti itu semakin diminati sebagai gelanggang perjuangan politik, ini kerana bukan sahaja disertai oleh mereka yang baharu berkecimpung dalam dunia politik, akan tetapi oleh pemimpin politik berpengalaman.

Terbaharu, seorang pemimpin politik veteran, Mantan Ahli Parlimen Sepanggar, Ketua Umno Bahagian Sepanggar dan Penolong Setiuasaha Umno Sabah- Datuk Jumaat Idris.

Jumaat menyerahkan Borang Kemasukkan keahlian kepada Setiausaha Agung parti Datuk Razali Mohd Razi sempena Mesyuarat Tahunan Bahagian Karambunai.

Bahagian Karambunai adalah salah satu DUN dalam Parlimen Sepanggar, dan sedang disandang oleh Ketua Umno Bahagian Sepanggar, merangkap Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Yakubah Khan.

Pada PRN16 Sabah, DUN Karambunai dimenangi calon Umno, yang ketika itu bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jumaat adalah seorang pemimpin Umno bermula di peringkat penyajaan pada tahun 1990, dan salah seorang parti itu yang memperkukuh parti itu di Parlimen Sepanggar.

Dengan penyertaan beliau dalam Gagasan Rakyat diyakini para penyokong beliau akan turut sama dan seterusnya memperkuat parti itu.

Gagasan Rakyat yang dilancarkan pada Mac tahun ini, walaupun merupakan parti baharu dan muda, akan tetapi telah mempunyai lebih 300,000 ahli di seluruhan 74 bahagian termasuk WP Labuan. Jumlah keahlian itu adalah hampir 18 peratus daripada jumlah pengundi Sabah.

No comments:

Blog Archive