Tuesday, October 31, 2023

TENAGA HIDRO DIBINA DI TENOM

SEBUAH empangan hidroelektrik akan dibina di Tenom Sabah. Empangan itu akan dibina oleh Upper Padas Power Sdn Bhd sebuah syarikat baharu kerjasama dengan GAMUDA (45 peratus kepentingan), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (40 peratus kepentingan) dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd (15 peratus kepentingan).

Projek yang bernilai RM4bilion dijangka bermula pada tahun 2024, operasi komersial dijangka bermula pada 2029 dan berjangka hayat 40 tahun.

Loji Janakuasa Hidroelektrik itu akan menghasilkan 187.5 MW dan menyediakan sehingga 1.052 gigawat-jam tenaga bersih setahun.

Berkaitan dengan kos yang dikenakan pada pengguna, sangat tertakluk dengan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara pemaju dan pihak membeli perkhidmatan berkenaan iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd, PPA itu akan dimuktamadkan menjelang separuh pertama 2024.

Pembinaan projek ini atas inisiatif pembinaan swasta. Apabila membabitkan inisiatif swasta tentunya tertakluk pada kadar faedah tertentu, dan kadar faedah itu akan mempengaruhi tarif elektrik pada pengguna.

Memandangkan tenga hidro adalah penjana elektrik murah berbanding gas, diesel atau arang batu, maka diharapkan mendapat tarif yang lebih murah walaupun pembinaan loji ini atas inisiatif swasta, kerana jangka hayat 40 tahun, sudah cukup mendapatkan kos serta keuntungan bagi pemaju projek ini, UPPSDB.

Apa kah kesannya projek ini pada alam sekitar dan penduduk? Belum ada laporan mengenainya, tidak seperti projak yang sama Kaiduan yang mendapat protes daripada penduduk kerana termakan hasutan pemimpin politik tertentu.

Diharapkan Projek Janakuasa Hidro UPP ini akan berjalan lancar dan sempurna.

No comments:

Blog Archive