Tuesday, October 31, 2023

SEJAUH MANA KOMITMEN PERSEKUTUAN MEMAJUKAN SABAH?

KESEDIAAN Kerajaan Persekutuan memajukan Sabah mula berlaku semasa PM ke-6, ekoran sokongan rakyat Semenanjung terhadap Barisan Nasional semakin menurun. Kerana kecenderungan itu, Perdana Menteri mengalih padang ke Sabah dan Sarawak, sehinggakan Sabah diberi jolokkan Simpanan Tetap BN.

Menyalurkan peruntukkan besar menerusi KKLW dan melantik pemimpin Sabah menerajui kementerian tersebut adalah satu pendekatan untuk memajukan Sabah.

Untuk menyakinkan rakyat Sabah dan Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan komited memajukan dua negeri itu, maka diumumkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo. Selain itu, peruntukkan pembangunan untuk Sabah gradually dinaikkan, dan pada tahun 2023 berjumlah RM6.5 bilion, tahun 2024 RM6.6 bilion.

Lebuh Raya itu dalam rangka pembinaan, manakala di Sarawak siap sepenuhnya sedikit masa lagi.

Semasa era Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, yang terlepas pandang adalah berkaitan bayaran tunai kepada Sabah dan Sarawak, isu-isu berkaitan tenaga dan Petronas.

Semasa PM7, bayaran khas untuk Sabah dan Sarawak dinaikkan, selepas lebih 40 tahun. Kini bayaran khas itu masing-masing RM300 juta bagi Sabah dan Sarawak untuk tahun 2023.

Bagi Sabah bayaran khas itu, dikenali sebagai bayaran interim (pendahuluan) daripada 40 peratus kutipan cukai bersih Persekutuan daripada Sabah.

Tahun lalu, kutipan cukai Persekutuan daripada Sabah dikatakan berjumlah RM41 bilion. Daripada jumlah ini tidak diketahui, berapa baki cukai bersih.

Daripada cukai bersih itu akan ditentukan satu formula agihan atau bayaran 40 peratus kepada Sabah pada Julai 2024.

Walaupun Sabah menurut Perkara 112C dan 112D(ii) mempunyai hak “review” berkaitan bayaran khas, akan tetapi juga bergantung kepada kemampuan kewangan Persekutuan.

Sabah perlu mengambilkira ekosistem Persekutuan (Federalisme), kerana Persekutuan menanggung kos untuk keselamatan, kesihatan, pendidikan, korps diplomatik, selain kemudahan awam dibawah tanggungan persekutuan.

Bagi Sabah pula, selepas 60 tahun bertolak ansur dalam ekosistem Persekutuan, dan hanya menjadi pemerhati, daripada hasil yang dikutip daripada negeri, dengan membina berbagai bagunan mercu tanda di Semenanjung seperti Petronas Twin Towers, Sepang International Circuit, Putrajaya dan bangunan-bangunan pencakar langit lain, Sabah pula dibiarkan dengan kemudahan asas yang daif, membiarkan rakyat miskin bertambah miskin.

Bukan itu sahaja, Sabah berdepan dengan peruntukkan pembangunan Persekutuan yang dikitar semula, ertinya semakin rendahnya peruntukkan itu tidak dapat dibelanjakan pada tahun yang sama, maka semakin kecilnya peruntukkan yang diterima, maknannya, kesan pada pembangunan juga semakin sedikit. Untuk menangani isu peruntukkan dikitar semula ini, Kerajaan Negeri telah Mengwujudkan Tabung Amanah Khas, pun demikian, sangat tertakluk pada Kerajaan Persekutuan, apa kah baki Peruntukkan yang tidak sempat dibelanjakan bersetuju dimasukkan ke dalam tabung tersebut.

Di Peringkat negeri, bukan sedikit pemimpin negeri bersuara berkaitan bayaran 40 peratus cukai bersih yang dikutip Persekutuan daripada Sabah. Bermula daripada Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, wakil rakyat, malah beberapa wakil rakyat menyaman Kerajaan Persekutuan (walaupun kemudiannya saman itu ditarik balik).

Perasaan terkilan ramai pemimpin Sabah, apabila peruntukkan Pembangunan Persekutuan diberikan pada Sabah berlegar-legar pada 7 peratus, manakala lebih 86 peratus untuk Semenanjung, sedangkan Sabah itu sangat memerlukan membina kemudahan asas semakin uzur.

Isu agihan peruntukkan pembangunan bagi Sabah, adalah isu politik yang belum bernoktah, kerana menuntut haknya seperti mana dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

60 tahun rakyat Sabah dimomokkan dengan butiran Perkara 112C dan 112D (ii) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “...any review (of special grant) should take into account the state’s needs and the financial capacity of the federal government”. Sampai bila kah “financial capacity of the federal government” menjadi alasan?. Sedangkan, jelas sangat, berlakunya diskriminasi agihan peruntukan pembangunan setiap tahun!!!.

No comments:

Blog Archive