Monday, October 30, 2023

KERAJAAN GRS BERKEUPAYAAN MEMAJUKAN NEGERI

ADALAH mudah membantu rakyat yang seperjuangan dengan pemimpin, kerana tugas pemimpin adalah untuk membantu masa depan yang cerah kepada rakyat.

Akan tetapi apabila mereka yang memerlukan bantuan menolak pemimpin, termasuk parti yang dipimpin, maka pemimpin tidak dapat menunaikan bantuan atau pembelaan yang diperlukan rakyat.

Membela rakyat, memerlukan kesinambungan kebijakan/polisi, keutamaan. Atas sebab itu, apabila berlaku perubahan kerajaan, maka menyebabkan kemunduran, kerana berubahnya keutamaan.

Keutamaan yang diterjemahkan menerusi kebijakan/polisi, bukan datang begolek, akan tetapi menerusi perancangan dan strategi yang dikupas, diadun sedemikian rupa.

Kesinambungan kerajaan yang berpaksi pada kestabilan politik, ada lah penarik utama pelabur datang melabur. Ketidak stabilan politik, bukan sahaja penghalang atau tetapi juga mengundang ketidak yakinan pelabur untuk melabur.

Pelaburan ada lah suntikan modal pada perekonomian. Menerusi suntikan modal ini, maka membuka ruang pada aktiviti ekonomi, membuka peluang-peluang pekerjaan.

Pengalaman Sabah, apabila pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, lambat disiapkan, kerana perubahan keutamaan, apabila kerajaan Sabah bertukar pada Mei 2018. Siapa yang rugi? Ada lah rakyat Sabah.

Perubahan keutamaan dan keyakinan, kesan perubahan kerajaan negeri, maka ekonomi Sabah yang berkembang rata-rata 8 peratus sehingga tahun 2017, tiba-tiba menjunam pada tahun 2018, 2019 dan tahun 2020, daripada positif ke negatif 9.2 peratus pada tahun 2020.

Nasib baik rakyat Sabah bijak bertindak pada PRN16 Sabah, untuk memberi mandat pada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memerintah negeri.

Kebijaksanaan rakyat itu tepat, kerana perekonomian negeri gradually pulih, dan tahun 2022, pertumbuhan ekonomi negeri telah bertukar positif, walaupun masih di bawah pertumbuhan sebelum tahun 2018.

Walaupun pun perekonomian negeri dalam pemulihan, akan tetapi kutipan hasil terus meningkat, malah mecatit rekod pada tahun 2022, ke paras hampir RM7 bilion. Nilai perdagangan negeri mencatit rekod RM118.1 bilion pada tahun yang sama, satu rekod yang belum pernah dicapai.

Nilai dagangan, kutipan hasil, pada tahun ini, dijangka lebih baik berbanding tahun lalu, memandangkan industri yang berorentasi eksport seperti keluaran keranjang tembaga mula mengeksport hasil keluaran.

Kutipan hasil menerusi minyak dan gas juga akan terus meningkat, kesan kerjasama kerajaan negeri dengan PETRONAS.

Melihat peningkatan hasil kutipan, perdagangan, pelaburan (dalam tiga tahun lebih RM33 bilion masuk ke Sabah), menunjukkan bahawa kestabilan politik, mengundang keyakinan pelabur, aktiviti ekonomi berjalan lancar tanpa gangguan.

Berterusannya kestabilan politik, maka kebijakan/polisi akan bersinambungan. Menerusinya, tidak mustahil, dalam tempoh 2-3 tahun daripada sekarang, kutipan hasil negeri boleh mencapai dua digit, iaitu RM10 bilion.

Kemajuan Sabah akan berterusan jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diberi mandat, kerana kerajaan yang diterajui gabungan tersebut telah membuktikan keupayaan, kemampuan dan pencapaian.

No comments:

Blog Archive