Sunday, October 29, 2023

ISU MENCURI AHLI PARTI LAIN?

DI Sabah, tanpa penyertaan ahli parti lama ke parti baharu, maka parti baharu tidak akan dapat keahlian yang ramai.

Parti politik baharu, selain mensasarkan mereka yang tidak berparti, akan tetapi, atas sebab latar belakang pemimpin politik di Sabah adalah bekas pemimpin parti, maka penyokong pemimpin itu yang merupakan ahli politik parti yang ditinggalkan akan ikut sama menyertai parti baharu.

Boleh dikatakan semua parti politik yang ada di Sabah, para pemimpinnya adalah mantan-mantan pemimpin parti politik.

Apabila pemimpin Umno seperti Datuk Bung Moktar Radin mendakwa parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mencuri ahli parti lain, atas sebab UMNO kehilangan ramai ahli, kerana ahli-ahli parti itu yang merupakan penyokong pemimpin yang meninggalkan parti itu turut sama berhijrah ke parti lain sebagai platform perjuangan baharu.

UMNO kehilangan ramai ahli, bukan sahaja menyertai Gagasan Rakyat, juga parti-parti lain.

Pemimpin Umno kena sedar, kawasan-kawasan yang dahuluinya adalah kawasan parti itu kini bukan lagi, kerana ahli atau penyokong parti itu telah berhijrah ke parti lain.

Bung kerana menerima hakikat, mana-mana pengundi atau individu bebas memilih parti sebagai platform perjuangan.

Menuduh atau mendakwa parti lain mencuri ahli UMNO, bukan sahaja tidak tepat, akan tetapi tidak mahu menerima kebebasan.

Jika berpandukan keahlian, UMNO Sabah mempunyai lebih setengah juta ahli, akan tetapi jika dirujuk pada undi yang diperolehi semasa pilihan raya, parti itu bersama Barisan Nasional (BN) tidak mendapat undi sebanyak itu. Sebagai misalan, pada PRU-15, undi BN hanya 208,971 termasuk penyokong GRS, kerana parti itu bekerjasama dalam pilihan raya itu.

Pada PRU15, Parti Warisan mendapat 259,518 undi, Pakatan Harapan (PH) 296,676 undi, sementara GRS 194,324 undi.

Undi Warisan majoritinya daripada kawasan yang dahulunya kawasan UMNO, ertinya ahli/penyokong parti itu di kawasan itu telah berhijrah ke parti Warisan.

Kini, Gagasan Rakyat parti terbaharu dalam politik Sabah telah mempunyai 300,000 keahlian. Jumlah keahlian ini akan dilihat pada PRN17 akan datang, apa kah benar-benar mengundi parti. Jika mengundi, maka kewujudan Gagasan Rakyat bersama GRS akan mencontohi GPS Sarawak, sebagai parti pilihan rakyat Sabah.

Berasaskan senario politik Sabah, nampaknya, kehadiran Gagasan Rakyat khasnya telah menarik ramai ahli, bukan sahaja daripada mereka yang tidak berparti, akan tetapi daripada parti-parti lain, termasuk daripada Umno dan Warisan.

No comments:

Blog Archive