INI lah dikatakan hasil diam ubi berisi, hanya dua tahun selepas melawat Kilang Kaca Pertama Kumpulan Kibing di Taman Perindustrian Tuanku Jaafar Negeri Sembilan atas jemputan Pengerusi Kumpulan Kibing Yu Qi Bing dan Presiden Datuk Lim Swee Ee, di mana semasa lawatan itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dimaklumkan oleh kumpulan itu hasrat untuk melabur di Sabah untuk membuka kilang pembuatan kaca solar.
Ekoran lawatan itu satu perjanjian antara kumpulan itu dengan kerajaan negeri ditandatangi pada Januari 2022, dan pada hari ini 31 Oktober 2023 kurang 24 bulan, Kilang Kaca Kibing di KKIP Kota Kinablau, dirasmikan.
Pembukaan kilang Sabah Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bernilai berbilion ringgit adalah suatu bukti kejayaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebaik sahaja mengambil alih kerajaan negeri pada September 2020.
Ketua Menteri berkata, pelaburan berimpak tinggi itu adalah contoh perkara boleh dicapai kerajaan negeri, sektor swasta dan kesatuan komuniti dengan visi yang sama.
Dengan dirasmikannya kilang kaca solar ini menunjukkan usaha kolektif dalam bentuk pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan untuk manfaat rakyat dan negara boleh dicapai apabila semua pihak memberi komitmen yang tinggi.
Kilang Kaca Solar Fasa pertama bernilai RM3 bilion, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 440,000 tan solar kaca menjadikan Sabah salah satu pemain utama dalam industri pembuatan solar kaca di Malaysia dan tentunyasumbangan Sabah terhadap sektor tenaga boleh diperbaharui cukup besar, selain sumbangan ekonomi, akan tetapi juga Sabah komitmen Sabah terhadap kelestarian dan teknologi hijau.
Untuk Fasa pertama ini, kilang Kaca Solar Kibing menyediakan 1,300 peluang pekerajaan, 1,100 adalah anak-anak Sabah.
Bagi penulis dengan dirasmikannya kilang berimpak tinggi ini hasil kerja keras pemimpin negeri yang kerap diremehkan oleh pemimpin Warisan, samada menerusi kenyataan-kenyataan akhbar, media sosial mahupun semasa persidangan DUN Sabah, terbukti semua andaian dan anggapan mereka itu meleset, kerana mereka terlepas padang, para pemimpin yang tidak banyak bercakap, tetapi kuat bekerja, seperti diam ubi berisi, bukan seperti pemimpin Warisan semasa menjadi kerajaan selama 26 bulan, seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung, tetapi akhirnya, yang digembar-gemburkan semuanya kosong.
No comments:
Post a Comment