Sunday, October 08, 2023

PRK PELANGAI- PEMINDAHAN UNDI BN/PH TIDAK BERLAKU?

JIKA pemindahan undi berlaku, majoriti calon Umno/BN bukannya 2,949, melainkan 3 kali ganda, berpandukan keputusan PRU15.

Kerana pemindahan undi tidak berlaku antara dua blok parti PH-BN, sebaliknya yang berlaku, PN menambah 1,115 undi.

Akan tetapi, walaupun pada PRK ini peratusan keluar mengundi hanya 72.12 peratus bertanding PRU15, 78 peratus, masing-masing parti utama telah meningkatkan jumlah undi.

Calon Umno/BN dengan sokongan Pakatan Harapan (PH) menambah 16 undi kepada 7,324 (7,308), manakala calon PN bertambah daripada 3,260 kepada 4,375 (meningkat 34.20 peratus).

Undi popular Umno/BN meningkat ke 62.60 peratus berbanding 58.00 peratus pada PRU15, manakala PN pula meningkat 37.40 peratus berbanding 25.88 peratus.

Dalam sesebuah pilihan raya, apapun kecenderungan pengundi, apa yang mustahak bagi parti yang bertanding adalah kemenangan.

Bagi Umno/BN selain mahu menang, juga mempertahankan kubu, juga mempertahankan imej kerajaan negeri dan Persekutuan. Manakala PN, tiada yang dipertaruhkan, melainkan kemenangan, hanya memberi isyarat pada kerajaan.

Keputusan PRK Pelangai ini, masih dapat dilihat pengundi melayu sebahagian besar menolak PH-BN.

Kemenangan BN kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada pengundi kaum lain. Ertinya apabila komposisi pengundi seperti DUN Pelangai, selagi BN masih mendapat sokongan sebahagian pengundi melayu, maka parti itu masih boleh menang.

Pada PRK ini, walaupun BN dibantu Pakatan Harapan (PH), akan tetapi majoriti (2,949) menurun sebanyak 1,099 undi atau 27.15 peratus, berbanding 4,048 pada PRU15.

Apa yang boleh disimpulkan, bahawa pemindahan undi antara parti yang bekerjasama tidak berlaku, melainkan berlaku sebaliknya. Kecenderungan ini, selari dengan PRN2023 dan PRK Pulai dan Simpang Jeram. 

Akan dilihat lagi apa kah kecenderungan ini berterusan pada PRK Parlimen Kemaman?.. sama-sama kita tunggu.

No comments:

Blog Archive