SEPATUTNYA tidak perlu bertanya, apa kah BN atau PN, kerana berasaskan rekod, DUN Pelangai adalah KUBU KUAT BN.
Sejak tahun 1986, DUN itu terus menerus dimenangi BN, termasuk pada PRU ke-15 November tahun lalu.
Pada PRU itu, majoriti calon BN lebih tinggi berbanding undi calon PN (calon yang sama bertanding pada PRK ini), ertinya undi BN lebih 2 kali ganda berbanding lawan.
Akan tetapi kerana perubahan politik semasa, maka menjadikan tiada mana-mana blok parti menjadi pilihan,melainkan dalam keadaan 50:50.
Mantan Menteri Besar Pahang, mantan ADUN bagi DUN itu bepenggal-penggal yang turut sama berkempen membantu calon BN dikatakan masih tidak dapat memastikan blok parti mana yang bakal didiberi mandat oleh pengundi DUN tersebut.
DUN yang mempunyai 72 peratus pengundi melayu, menjadi kebimbangan BN, tidak seperti mana sebelum PRU14 (2018), mana-mana kawasan seperti ini adalah KUBU BN.
BN khususnya UMNO, nampaknya ketakutan berhadapan dengan pengundi yang pernah menjadi kekuatan, sehiinggakan undi kaum bukan melayu adalah talian hayat bagi parti itu.
Apa yang menjadi persoalan besar, jika sekalipun BN menang, akan tetapi dengan majoriti tipis, ertinya kerjasama PH-BN tidak memberi nilai tambah, situasi bertambah buruk lagi jika BN gagal mempertahankan DUN tersebut.
Apa-apapun, esok 7 Oktober adalah hari penentuan apakah BN atau PN dipilih pengundi DUN Pelangai. (DUN Pelangai salah satu DUN dalam Parlimen Bentong yang disandang PH/DAP.
No comments:
Post a Comment