Sunday, October 08, 2023

KERAJAAN GRS- ADA MUSANG DALAM REBAN AYAM

APABILA berlaku pembocoran surat menyuarat antara jabatan kerajaan, tentunya dilakukan oleh pihak tertentu yang bertindak sebagai musang berbulu ayam.

Pembocoran surat menyurat pada pihak lawan, supaya dibuat berbagai rekayasa termasuk fitnah untuk memalitkan imej negatif pada kerajaan.

Memang tidak mudah mengawal pegawai kerajaan, kerana ada diantara mereka itu mempunyai niat jahat terhadap kerajaan off the day.

Mustahil surat menyurat kerajaan yang bersifat SULIT boleh bocor, jika sekiranya bukan dilakukan mereka yang mempunyai akses pada surat menyurat tersebut.

Misalnya penulis, sampai KIAMAT pun tidak akan dapat akses surat menyuarat antara SETIAUSAHA HASIL BUMI dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur berkaitan kelulusan pernohonan TANAH, kecuali lah jika penulis sendiri ada lah PEMOHON, itu pun jika PENULIS diberi salinan.

Membaca surat menyurat antara Setiausaha Hasil Bumi Sabah dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, serta surat kelulusan yang dikeluarkan Jabatan Tanah yang ditularkan oleh pemilik Facebook Edisi Panas Sabah yang mengandungi berbagai ulasan oleh pentadbir facebook tersebut yang mendakwa bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor melakukan salah guna kuasa, semata-mata bertujuan untuk mempengaruhi pendapat rakyat, kerana isu tanah di Sabah merupakan isu sensitif.

Penekanan pada pemohon tanah tersebut terhadap individu bukan rakyat Sabah juga, bertujuan supaya rakyat Sabah menaruh syakwasangka negatif terhadap Ketua Menteri Sabah.

Bergambar dengan Ketua Menteri adalah perkara biasa. Namun, jika seseorang yang bergambar itu, ada kaitan dengan kerajaan negeri, seperti mana yang ditular menerusi facebook Edisi Panas Sabah, maka cukup mudah bagi mereka yang menentang kerajaan negeri membuat berbagai dakwaan, supaya rakyat yang membaca terpengaruh dengan dakwaan itu, lalu menolak kerajaan pada masa pilihan raya.

Mereka yang membuat dakwaan itu, tidak berfikir mengapa kah kerajaan meluluskan permohonan tanah pada syarikat-syarikat atau individu yang bersedia membangun/memajukan tanah itu, bukan sahaja kerajaan mendapat hasil berganda, seperti bayaran premium, cukai tanah, juga cukai jualan negeri (CJN), royaliti, juga membuka peluang-peluang pekerjaan bagi penduduk setempat.

Bagi mereka yang menular surat-surat menyuarat itu, mahu menekankan, bahawa tindakan kerajaan memberikan tanah pada syarikat yang memajukan tanah yang dipohon, seolah-olah tindakan itu salah, sedangkan tindakan kerajaan itu membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri.

Mereka yang cuba memberi gambaran negatif pada tindakan kerajaan berkaitan tanah, kerana mereka tahu, tidak ramai rakyat berfikiran jauh atau ke hadapan, melainkan hanya fokus pada sesuatu yang negatif yang tidak memberi sebarang manfaat pada mereka, dan juga negeri dan rakyat secara umum.

Ada lah tugas mereka yang diberi tanggungjawab membantu kerajaan untuk memberi penjelasan/pencerahan pada sebarang kesempatan termasuk aktiviti turun padang, atau mesyuarat-mesyuarat parti atau juga majlis-majlis bersama rakyat berkaitan tindakan-tindakan kerajaan, agar rakyat tidak dikelirukan dengan dakyah negatif seperti mana tindakan Edisi Panas Rakyat Sabah, kerana dibalik laman facebook ini, terdapat mereka yang sentiasa mempergunakan MUSANG BERBULU AYAM atau agen-agen mereka yang bekerja dalam kerajaan.

No comments:

Blog Archive