Tidak timbul, kehadiran parti itu bersaing sesama komponen, kerana misi parti itu jelas, agar Gabungan (GRS) menjadi parti utama/dominan di Sabah.
Mungkin ada pihak yang tersalah erti, apabila parti itu giat menambah keahlian meliputi bahagian-bahagian di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk WP Labuan, maka bermatlamat menguasai semua kawasan-kawasan tersebut.
Pendirian parti itu, mana-mana komponen parti kuat di kawasan-kawasan masing-masing perlu dikekalkan dan disokong, kerana itu lah kekuatan sebenar GRS.
Kehadiran Gagasan Rakyat untuk memberi peluang pada mereka yang tidak berparti, mantan-mantan ahli parti Bersatu dan juga mereka yang berminat menjadikan parti itu sebagai platform perjuangan.
Gagasan Rakyat bersama Parti PBS, STAR, SAPP, USNO, LDP dan PHRS, adalah kekuatan GRS, ertinya setiap komponen parti berkewajiban memperkukuh/memperkuat parti induk itu.
Oleh kerana setiap parti perlu bergerak bersama-sama sebagai satu pasukan, maka semestinya hubungan antara pemimpin masing-masing parti perlu kukuh/akrab, tidak timbul perbalahan sesama sendiri, kerana ianya hanya melemahkan perpaduan/pemuafakatan, dan ianya boleh digunakan parti lawan menangguk di air keruh.
Tidak dinafikan, di peringkat akar umbi, berlaku perbalahan, berkait agihan jawatan atau projek-projek kecil. Perbalahan seperti ini boleh dihindari, jika pemimpin setempat berlaku adil untuk semua.
Di kalangan pemimpin perlu ada kesepakatan, berkaitan komposisi/nisbah berasaskan parti, dan ianya perlu dihibahkan pada masing-masing penyokong untuk digunapakai.
Apa yang paling penting, di semua peringkat, mesti ada pengertian, duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
No comments:
Post a Comment