Monday, October 09, 2023

BUMI GAZA: GAGALNYA KECANGGIHAN PERTAHANAN KETENTERAAN

TERBUKTI kecanggihan pertahanan ketenteraan TIDAK dapat menghalang semangat membebaskan diri.

Pagi Sabtu, Pasukan Keselamatan Isreal dikejutkan dengan serangan tiga penjuru: laut-darat-udara daripada Pejuang Hamas, menyebabkan ratusan kematian dipihak Isreal termasuk komandar tentera.

Mengingat kekuatan kenteraan negara itu berbanding Hamas, kematian bernisbah 1:1000; kematian seorang daripada Isreal bersamaan dengan 1000 kematian di pihak Hamas.

Dikhabarkan menerusi saluran antarabangsa, tidak kurang 700 orang di pihak Isreal telah telah terkorban, rekod tertinggi dalam beberapa dekad konfilk di wilayah tersebut.

700 mangsa dipihak Isreal bersamaan dengan 700,000 di pihak Hamas. Jika dalam konflik ini mangsa daripada pihak Hamas setakat ini dikatakan 2,000, maka ianya hanya 0.28 peratus. Walaupun nisbah kematian rendah, akan tetapi kerugian harta benda cukup tinggi, kerana banyaknya bangunan musnah kerana dibom, termasuk sebuah Majid Muhammad Al Amin yang dibina atas sumbangan rakyat Malaysia.

Seperti biasa, negara-negara Barat menyifatkan serangan awal pagi pihak Hamas sebagai serangan pengganas, sedangkan serangan berani mati ini, adalah jihad membebaskan tanah air sendiri kerana dirampas, selain mempertahankan kesucian Kiblat Pertama Umat Islam- Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri Isreal Benjamin Netanyahu telah berikrar akan menjadikan Wilayah Gaza padang jarak padang tekukur, apabila mengerahkan segala kekuatan ketenteraan termasuk mengarahkan pasukkan tentera simpanan mengempur Gaza.

Isreal telah mengumumkan perang, perang antara david dan Goliath, namun tidak mudah menang dalam peperangan ini, kerana Hamas selain mempunyai senjata juga bersenjatakan jihad.

Negara-negara Islam termasuk Malaysia hanya boleh melalui mulut bersolidariti dengan rakyat Palestin, tidak mempunyai daya atau kekuatan untuk membantu. Ertinya hanya dapat menyaksikan pembantaian rakyat yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda.

Rakyat Palestin telah menderita sejak tahun 1947, kerana negara mereka dirampas. Kemudiannya mereka dikurung di Semenanjung Gaza, bagaikan dalam penjara. Semenanjung Gaza adalah antara wilayah penduduk terpadat dalam dunia.

No comments:

Blog Archive