PROSES pengambilan tanah negeri selain menerusi Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC), juga melibatkan Setiausaha Hasil Bumi dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, sebelum sesuatu kelulusan dapat diberikan.
Jika tanah yang dipohon melibatkan agensi kerajaan, maka perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah agensi tersebut.
Berkaitan pengambilan tanah di Pulau Balambangan, Kudat, tanah diluluskan pada beberapa syarikat berbentuk pajakan 99 tahun. Tujuan pajakan seperti mana syarat dan terma yang diluluskan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.
Betul, dalam proses pengambilan tanah ini, Ketua Menteri tidak melanggar apa-apa undang-undang atau dengan kata lain tiada unsur salah gunakuasa, kerana proses permohonan melibatkan ulasan semua pihak yang terlibat yang menyokong permohonan.
Di pihak kerajaan yang diwakili Ketua Menteri mempertimbangkan hasil atau potensi tanah tersebut apabila dimajukan, baik daripada segi bayaran premium, cukai tanah, royaliti, cukai jualan negeri (CJN), juga peluang-peluang pekerajaan yang terwujud.
Membiarkan tanah yang dipohon untuk kekal gersang, tidak berpenghasilan, adalah tindakan merugikan, dan seterusnya menampakan kerajaan tidak dapat memanfaatkan sumber yang dimiliki untuk memajukan rakyat dan negeri.
Apa yang perlu ulasan atau penjelasan berkaitan pengambilan tanah ini, ADALAH BERKAITAN TATAGUNA TANAH, kerana tanah berkenaan dikatakan lebih berpotensi untuk industri silika atau tenaga solar berbanding peternakan atau pertanian.
Bukan tidak boleh dijalankan ladang peternakan atau pertanian, jika kemudahan yang menyokong tersedia, kesan atau limpahan pada aktiviti utama yang mempunyai “comparative advantage”.
Pihak yang cuba menangguk dalam isu pengambilan tanah ini, masih tidak dapat melihat, bagaimana tataguna tanah tersebut, apabila bermulanya operasi ke atas tanah tersebut, kerana syarikat yang dibenarkan/diluluskan sudah tentu menggunapakai, hasil yang paling menguntungkan.
Pelabur mengutamakan pulangan/hasil/keuntungan. Apabila pelabur mendapat tujuan pelaburan, maka gilirannya, kerajaan mendapat CJN, royaliti, penduduk setempat mendapat pekerajaan. Dalam jangka panjang, tentu industri yang dilaksanakan akan memberi limpahan kemajuan di kawasan sekitar, termasuk dapat memajukan kawasan Utara Sabah, yang dibelengu dengan kemiskinan.
Pada “haters” kerajaan jangan lah menjadi penghalang, rancangan kerajaan yang mahu membela rakyat, kerana tindakan menghalang rancangan kerajaan hanya merugikan rakyat setempat khasnya dan rakyat Sabah secara amnya.
Pemimpin politik pembangkang serta penyokong mereka, hanya ada satu niat, agar kerajaan gagal melaksanakan tanggungjawab, kerana ini lah senjata mereka mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka, kononnya, jika mereka menjadi kerajaan, maka boleh membela rakyat, menerusi TONGKAT SAKTI, tidak perlu memajukan tanah terbiar/gersang atau memanfaatkan sumber semulajadi dimiliki negeri.
No comments:
Post a Comment