MENGAPA penulis katakan jika Umno menang banyak kerusi pada PRN 6 negeri maka GRS menghadapi dilema? sebabnya kerana Umno selain sudah lama bertapak di Sabah juga pernah menjadi parti tunjang.
Pilihan pemimpin Umno negeri yang terus menolak kerjasama dengan GRS, menggambarkan pada PRN17 Sabah, parti itu akan bertembung dengan GRS.
Pilihan pemimpin Umno negeri yang terus menolak kerjasama dengan GRS, menggambarkan pada PRN17 Sabah, parti itu akan bertembung dengan GRS.
Betul, GRS sebahagian Kerajaan Perpaduan, demikian juga Umno. Ertinya, blok manapun yang menang tidak menganggu Kerajaan Perpaduan.
Di lain pihak pula hubungan GRS dan PH, lebih mudah diurus, atas sebab, semasa agihan kerusi, PH hanya mungkin mahu mengekalkan kerusi-kerusi yang disandang, kalaupun ada permintaan tambahan kerusi, lebih dilihat pada potensi tinggi untuk menang di kerusi tersebut.
Bebanding Umno yang merasakan, kawasan GRS terutama kawasan bumiputera islam adalah wilayah tradisi parti itu. Menerusi pengertian demikian, maka jika Umno dilihat bangkit pada PRN 6 Negeri, maka menyuntik semangat pada pemimpin parti itu untuk mengembalikan era kegemilangan parti itu di Sabah.
Oleh kerana keadaan demikian, mahu tidak mahu, GRS terpaksa bertembung dengan parti itu selain Parti Warisan Dan Bersatu/PN.
Dalam pertembungan berbagai penjuru, maka sistem First Past The Post (FPTP) akan berlaku. Untuk menghadapi itu, maka GRS berserta parti komponen parti itu perlu bersedia menghadapi situasi itu pada PRN17 akan datang,.
Jika demikian situasinya, maka semuanya tertakluk pada keputusan rakyat Sabah. Apa kah rakyat Sabah mahu diwakili di Peringkat Persekutuan seperti lalu-lalu? atau kah beralih pada parti lokal/tempatan.
GRS mempotretkan diri sebagai wakil rakyat Sabah di Peringkat Persekutuan, atas sebab itu, sempena PRN 6 Negeri para pemimpin parti itu turut sama hadir pada penamaan calon sebagai tanda sokongan pada Perdana Menteri yang juga Pengerusi parti-parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.
Para pemimpin GRS mahu mengajak rakyat Sabah untuk mengikuti cara GPS Sarawak di Peringkat Persekutuan, kerana menerusi cara demikian, lebih berkesan menuntut hak-hak negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Khasnya MA63.
Pengalaman lalu-lalu, apabila parti yang menerajui Persekutuan,juga parti yang menerajui kerajaan negeri, maka pemimpin peringkat negeri, tumpul taji untuk menuntut hak-hak Sabah, kerana “terpaksa akur” dengan hierarki kepimpinan parti.
Dalam situasi memelihara hak-hak tiga wilayah, pendekatan paling afdal dalam hubungan politik adalah, Blok Borneo dan Blok Semenanjung saling bekerjasama seperti mana Kewujudan Kerajaan Perpaduan.
Sabah dan Sarawak perlu diberikan ruang untuk mengatur hala tuju dalam politik, demikian juga di Semenanjung mengatur hala tuju politik mereka, kemudian untuk pengwujudan kestabilan politik, maka masing-masing blok saling menyokong untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Apabila pendekatan ini digunapakai, maka Kerajaan Persekutuan sentiasa mempunyi sokongan 2/3 di Dewan Rakyat. Menerusi sokongan ini, sangat banyak manfaat untuk negara dan rakyat.
Menerusi PRN 6 Negeri, tidak sedetikpun perasaan daripada para Pemimpin GRS agar Umno tidak bangkit, sebaliknya, mahukan kerusi-kerusi yang ditandingi parti itu menyumbang pada kemenangan PH/BN. Akan tetapi, kerana pendirian Umno di Sabah yang sentiasa mengambil alih peranaan GRS, maka tidak dapat disembunyikan rasa terkilan itu. Namun kerana dalam demokrasi itu dijamin kebebasan, maka GRS walaupun dalam kedudukan dilema, perlu juga mengharunginya, demi rakyat dan Negeri.
No comments:
Post a Comment