Monday, July 31, 2023

PRN 6 NEGERI: MASIH ADA LAGI KAH PESONA UMNO?

UMNO merasa masih ada PESONA, sebab itu bertanding 108/245 (44.08%), tidak menggunapakai keputusan PRU15 26/120 (21.67%).

Pada PRN 6 negeri ini, Umno bertanding di Kelantan 31/45 (68.89%); di Terengganu 27/32 (84.38%); Negeri Sembilan 17/36 (47.22%); Kedah 15/36 (41.47%); Selangor 12/56 (21.43%); dan Pulau Pinang 6/40 (15%).

Tercermin bahawa Umno mengwakili PH/BN adalah ayam tambatan di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah. Ertinya jika Umno boleh menterjemahkan kawasan-kawasan yang ditandangi menjadi kerusi, maka memudahkan PH/BN mendapat majoriti mudah.

Manakala di Selangor dan Pulau Pinang, Umno hanya pelengkap atau penyelamat, sekiranya, PH yang menjadi ayam tambatan, tidak mendapat kerusi yang disasarkan.

Ramai rakyat menunggu apa kah pesona Umno masih berbisa, seperti mana sebelum PRU14? atau sekurang-kurangnya mencontohi keputusan PRN Melaka dan Johor.

Jika PRU15 digunapakai, keputusan rakyat terkini yang tersedia untuk menjadi panduan, pesona Umno tidak seterang seperti mana yang lalu-lalu.

Pada PRN 6 negeri, pemimpin yang menerajui Umno yang membawa parti pada keputusan terburuk dalam sejarah parti itu masih menguasai parti, malah telah menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan, walaupun mereka yang disingkir itu bukan faktor penyebab parti itu kehilangan sokongan.

Jika benar lah orang melayu menyokong Umno berpandukan pada kedudukan pemimpin parti itu dalam kerajaan, tidak semestinya benar, kerana semasa PRU15, Perdana Menteri caretaker daripada Umno, ini kan pula, pada masa ini, kedudukan pemimpin parti hanya Timbalan Perdana Menteri.

Jika bukan pada kedudukan pemimpin, atas faktor apa, Umno boleh mendapat sokongan kaum melayu? Apa kah kerana parti menjadi sebahagian kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dapat bekerjasama dengan DAP, maka orang melayu yang pernah menyokong parti itu kembali semula untuk menyokong?.

Atau kah kerana Umno sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang meliputi Blok Borneo dan PH yang didominasi bukan melayu, maka orang melayu berbondong-bondong menyokong semula Umno?.

Apabila orang melayu menyokong semula Umno, maka parti itu bakal mendapatkan semula tropi orang melayu yang dirampas PH pada PRU14 dan kemudian jatuh ke tangan PN pada PRU15.

Kunci utama pada PRN 6 negeri ini, adalah sejauh mana Umno dapat menarik pengundi orang melayu, kerana di pihak PH, tiada keraguan status quo pengundi bukan melayu kekal pada parti itu.

Penulis melihat di tiga negeri yang diterajui PH, tanpa Umnopun, negeri-negeri itu akan kekal dengan parti itu.

Pesona Umno akan dianggap bersinar, apabila bersama PH sekurang-kurangnya dapat merampas Kedah dan Terengganu, dan berjaya menembusi tembok PAS di Kelantan.

Jika keputusan PRN 6 negeri, masih mengekalkan status quo, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu masih dibawah PN, maka PESONA Umno belum kembali.

Apa tah lagi, jika PN dapat merampas sebahagian kerusi tradisi parti itu, maka semakin jauh lah PESONA parti itu di kalangan orang melayu.

Pun demikian, ramlan kekal ramalan, kerana hanya 9.7juta pengundi di enam negeri menentukan keputusan PRN pada 12 Ogos. Sama-sama kita nantikan hari penting tersebut.

No comments:

Blog Archive