LAPORAN Jabatan Perangkaan (DOSM) yang dikeluarkan pada 31 Julai 2023, menyatakan bahawa Sabah pada Tahun 2022 mencatit nilai dagangan tertinggi pernah dicatit negeri yang berjumlah RM118.1bilion.
Nilai dagangan itu mencakupi nilai export berjumlah RM77.2 bilion dan import berjumlah RM 40.9 bilion.
Jika dibandingkan dengan nilai dagangan bagi Tahun 2021 berjumlah RM87.2 bilion, maka bagi tahun 2022 terdapatnya peningkatan 35.4% tahun ke tahun (Y to Y).
Penyumbang pada nilai yang meningkat itu adalah nilai export yang meningkat 38.6 peratus daripada RM55.7 bilion kepada RM77.2 bilion.
Peningkatan nilai eksport didorong oleh minyak mentah bernilai RM30.3 bilion; minyak kelapa sawit RM21.1 bilion; Gas Asli Mampat (LNG) bernilai RM5.2 bilion.
Di lain pihak pula, import turut meningkat 29.6 peratus daripada RM31.6 bilion bagi tahun 2021 kepada RM40.9 bilion pada tahun 2022.
Barangan import meliputi jentera bernilai RM12.4 bilion; makanan RM6.4 bilion; barangan telah diperoses RM5.3bilion.
Kesan pada peningkat nilai eksport yang lebih tinggi berbanding import, maka lebihan dagangan bagi Sabah untuk tahun 2022 bernilai RM36.2 bilion meningkat RM12.2 bilion atau 50.4 peratus berbanding tahun 2021.
Semenanjung Malaysia menduduki tempat pertama destinasi eksport negeri yang menyumbang 42.4 peratus; China 10.4 peratus; India 5.5 peratus, Kesatuan Europa 4.7 peratus dan Korea selatan 4.2 peratus yang kesemuanya mewakili 67.1 peratus destinasi dagangan negeri.
Melihat penyumbang pada nilai eksport bagi negeri yang berasaskan barangan huluan, seperti minyak dan gas; minyak kelapa sawit, membawa erti, tidak banyak melibatkan rakyat secara umum, melainkan hanya sedikit, yang membawa makna, nilai dagangan yang meningkat itu tidak menyumbang secara langsung pada pendapatan rakyat yang boleh dibelanjakan (disposible income).
Melihat pada keadaan ini, kerajaan perlu mencari kaedah-kaedah atau strategi agar produk huluan ini boleh bertukar pada produk hiliran, agar dapat melibatkan semakin ramai rakyat, sebagai strategi meningkatkan pendapatan boleh guna.
Memang diakui, kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang kerajaan terbaik yang pernah mentadbir negeri jika diukur pada nilai dagangan. Rekod ini dengan sendirinya menjawab dakwaan pihak Parti Warisan, maka kerajaan GRS adalah kerajaan gagal.
Perlu direkodkan juga, semasa kerajaan GRS mengambil alih kerajaan negeri pada September 2020, telah mewarisi kerajaan yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang negatif (-9.2%), kemudiannya dapat dipulihkan pada tahun 2021 dengan pertumbuhan 1.1%, tahun 2022 dengan pertumbuhan 3.7%; dan pada Tahun ini dijangka antara 4-5%.
Selain itu, kutipan hasil negeri pada tahun 2022 hampir RM7 bilion berbanding tahun sebelumnya RM5.449bilion.
Semua kita tahu, semasa Kerajaan GRS yang dipimpin Hajiji mengambil alih kerajaan, serangan Pandemik Covid-19 sedang memuncak, yang menyebabkan semua sektor hampir lumpuh, termasuk pergerakaan rakyat, kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
No comments:
Post a Comment