PRN ini hanya memilih Menteri Besar/Ketua Menteri- iaitu kerajaan negeri.
Sebab itu, PRN ini hanya menguji kebimbangan.
Di pihak PH/BN bimbang, kalau rakyat tidak menerima Kerajaan Perpaduan, khususnya kerjasama PH/BN. Di sisi lain pula, PN bimbang hilang sokongan khususnya daripada orang melayu.
Atas sebab kebimbangan itu, maka keputusan PRN 12 Ogos ini bergantung kepada sama ada sikap pemilih telah berubah atau tidak sejak PRU15 November lalu.
Kalau sikap pemilih kekal,maka status quo pun kekal, iaitu PN mengekalkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala PH/BN terus memerintah Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
Pada PRN ini, PN bertanding dengan format yang sama: PAS-Bersatu-Gerakan; maka mudah lah pemilih membuat keputusan.
Akan tetapi di pihak PH/BN format yang sama sekali baru atau pakej baru, dan menjadikan Umno sebagai ayam tambatan menarik undi melayu.
Akan diuji apa kah Umno yang gagal menarik undi melayu pada PRU15 akan berjaya pada kali ini, kerana telah berpakat dengan PH.
Sebagai gambaran pada PRU15- di Kedah daripada 15 kawasan parlimen, 14 dimenangi PN, 1 PH, Umno/BN kosong, termasuk nama-nama besar Umno (salah seorang adalah Top Five parti).
Di Terengganu PN sapu bersih 8 kerusi parlimen. PH yang bertanding semua kawasan, kesemuanya hilang wang pertaruhan, Umno pula tidak menang sebarang kerusi.
Di Kelantan 14 kerusi dimenangi PN. PH yang bertanding kesemua kerusi, 12 hilang pertaruhan. Manakala Umno gagal menang sebarang kerusi.
Di Selangor dalam PRU 2018, Umno menang dua daripada 22 kerusi parlimen tapi dalam PRU15 kalah semua manakala PN dapat enam kerusi. Ini memberikan kelebihan kepada PN dalam PRN ini.
Negeri yang masih cukup selamat bagi PH/BN adalah Negeri Sembilan di mana ia memonopli keseluruhan 36 kerusi sebelum DUN dibubarkan.
Pada PRN kali ini bagi pengundi, pilihan parti adalah mudah dan jelas oleh sebab ada dua kumpulan sahaja iaitu PH/BN dan PN. Pun demikian, pengundi masih berhadapan isu perwatakan calon-calon kerana terdapatnya calon-calon kitar semula, termasuk mereka yang ditolak rakyat pada PRU lalu.
No comments:
Post a Comment