Kerana keputusan teruk itu, mencerminkan kehadiran dua parti itu tidak membantu blok parti masing-masing, walaupun tidak dinafikan Umno masih menang antara 13-15% daripada jumlah kerusi yang ditandingi berbanding Gerakan tidak sampai jari sebelah tangan.
Faktor penolakan pada dua parti itu daripada kaum yang mendasari perjuangan parti itu, adalah faktor utama penyebab dua parti itu gagal menyerlah.
Kerana faktor penolakan orang melayu pada Umno begitu dahsyat sekali, maka mengheret sama PKR dan Amanah, sehinggakan dua parti itu terkena kesan banyak kehilangan kerusi.
Di lain pihak pula, Gerakan tidak dapat bersaing dengan DAP di mata pengundi kaum cina, maka punca utama parti itu tidak menyerlah. Pun demikian, kesan pada keputusan buruk parti itu hanya terasa di Pulau Pinang sahaja.
Jika ada pihak yang mengaku dapatan mereka, bahawa Selangor, Negeri Sembilan bakal ditawan Perikatan Nasional (PN), pada hakikatnya dapatan mereka itu berpijak di bumi nyata.
Kemenangan PN di dua negeri yang ingin dipertahankan PH/BN itu, tidak lah sehebat mana, atau bukan “land slide” akan tetapi hanya majoriti mudah. Di Negeri Sembilan nisbah bagi PN dan PH/BN adalah 19-17; sementara di Selangor 29-27.
Jangan cerita lah di Kedah, Kelantan dan Terengganu, PN menang dengan “land slide’.
Pada PRN kali ini, dilihat orang melayu benar-benar memberi dokongan pada PN, kerana kaum itu merasakan menerusi perikatan itu masa depan mereka lebih terbela.
Orang melayu tidak perlu boboian di awang-awangan melainkan tindakan nyata/jelas dan mengena serta berkesan pada kehidupan harian mereka.
Lapan bulan orang melayu khasnya dimomokkan dengan tindakan “gempak” dan gimik daripada pemimpin kerajaan, tetapi tiada apapun yang boleh digenggam atau dirasakan, kecuali “menu rahmah” yang terhad liputannya.
Jika benar-benar berlaku penolakan terhadap parti Umno pada PRN 6 negeri ini, ianya membawa makna, parti itu akan mencontohi Parti GOLKAR Indonesia yang hilang kuasa pada tahun 1995, serentak hilang kuasanya Presiden Soeharto.
Tidak bangkitnya Umno, walaupun ada positif dan negatifnya pada politik negara secara umum, akan tetapi penulis melihat lebih banyak positifnya.
Apabila Umno tidak bangkit, maka di Sabah misi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi parti pilihan rakyat Sabah lebih mudah menjadi kenyataan.
Di masa hadapan, gabungan Blok Borneo dengan parti blok Semenanjung, bakal mencorakkan politik negara.
Bagi parti Blok Borneo, akan sentiasa menyokong mana-mana Parti Blok Semenanjung yang boleh menubuhkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ertinya tidak terikat dengan mana-mana blok.
Parti Blok Borneo, apabila membuat keputusan menyokong, maka akan terus komited agar kerajaan yang disokong sehingga tamat penggal. Tiada istilah menarik sokongan separuh jalan, seperti mana tindakan pemimpin parti nasional sebelum ini.
Betul Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana sokongan Umno yang dipimpin Datuk Ahmad Zahid Hamidi, akan tetapi sokongan itu, bertukar kepada sokongan membawa rebah, jika benar berlaku ramalan berbagai pihak bahawa PN akan merampas Negeri Sembilan dan Selangor.
No comments:
Post a Comment