Sunday, August 06, 2023

PARTI WARISAN TERPUKUL KERANA PENCAPAIAN KERAJAAN GRS

PARA pemimpin Parti Warisan mungkin merasa malu melihat pencapaian Kerajaan GRS dalam tempoh 2 tahun, berbanding pencapaian mereka untuk tempoh yang sama.

Kerana merasa malu, maka mereka cuba mengelirukan rakyat dengan hujah-hujah nakal, umpamanya membandingkan nilai eksport berasaskan sektor pembuatan antara Sabah dan Sarawak.

Mereka membandingkan antara apel dan durian, untuk menyokong hujah-hujah mereka, supaya rakyat Sabah downgrade pencapaian kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Apa pun hujah para pemimpin parti Warisan, rekod tidak akan pernah berbohong.

Semasa mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, menerusi pengkhianatan, pertumbuhan ekonomi Sabah berada pada kadar 8 peratus setahun, kemudiannya selepas 27 bulan pemerintahan parti Warisan, ekonomi negeri merudum sehingga NEGATIF 9.2 peratus.

Pertumbuhan ekonomi yang terus menjunam ini, memaksa 31 ADUN Sabah pada Julai 2020 menarik sokongan terhadap Kerajaan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal.

Sepatutnya, Shafie meletakkan jawatan, kerana penggal ke-15 DUN Sabah hanya berakhir pada tahun ini, akan tetapi Shafie memilih membubarkan DUN Sabah yang membuka jalan PRN ke-16 Sabah pada September 2020, tiga tahun lebih awal berbanding sepatutnya.

Pada PRN-16 Sabah, Shafie terpaksa akur dengan kehendak rakyat Sabah seperti mana tindakan 31 ADUN sebelum ini, dan Shafie hilang jawatan Ketua Menteri dan kerajaan.

Kerajaan GRS yang mengambil alih, selain diwarisi dengan perekonomian negeri yang teruk, akan tetapi serangan pandemik Covid-19 yang sedang memuncak, pun demikian, dapat memulihkan ekonomi negeri menjadi positif 1.1 peratus pada tahun 2021, 3.7 peratus tahun 2022, dan pada tahun ini dijangka lebih tinggi lagi.

Semasa sidang DUN Sabah, kerajaan negeri membentangkan pencapaian daripada tahun ke tahun yang terus membaik, selain membentang bajet tahunan negeri yang terus meningkat, juga membentangkan keupayaan kerajaan mengekalkan bajet yang surplus secara terus menerus.

Gambaran apa berkaitan perkembangan yang positif ini? Jawapannya, bahawa kerajaan GRS menunjukkan keupayaan dan kemampuan mengurus dan mentadbir negeri.

Kutipan hasil negeri yang terus meningkat, umpamanya bagi tahun 2021 berjumlah RM5.449 bilion, tahun 2022 berjumlah RM6.96 bilion meningkat RM1.511 bilion atau 27.7 peratus, adalah jawapan pada kemampuan kerajaan Sabah Maju Jaya mengurus negeri.

Demikian juga nilai dagangan negeri yang melonjak daripada RM87.2 bilion tahun 2021 kepada RM118.1 bilion untuk tahun 2022 meningkat 35.4 peratus.

Seperkara lagi, sejak kerajaan GRS mengambil alih, Sabah menjadi destinasi pelancong baik pelancong asing mahupun domestik.

Untuk rekod bagi 5 bulan pertama tahun ini, seramai 988,680 yang meliputi pelancong asing dan tempatan berbanding tempoh yang sama tahun lepas yang berjumlah 558,169.

Peningkatan kedatangan pelancong seramai 430,511 atau 77.1 peratus menunjukkan Sabah adalah destinasi pelancongan yang digemari, sebabnya pelancong merasa selamat kerana kerajaan yang kukuh dan politik yang stabil selain persekitaran perekonomian yang baik.

Pemimpin parti Warisan tidak dapat menerima bahawa setakat 1 Ogos setiap minggu terdapatnya 122 penerbangan antarabangsa dan 353 penerbangan domestik mendarat di lapangan terbang di Sabah.

Sektor pelancongan ada lah salah satu teras dalam visi Sabah Maju Jaya yang menjadi negeri menjadi negeri maju menjelang tahun 2025.

Pada Selesa minggu hadapan, selagi lagi Sidang DUN Sabah diadakan. Akan ada lagi, pembentangan pencapaian kerajaan GRS untuk setengah tahun atau suku ke-3 tahun ini.

Kepada para ADUN parti Warisan datang lah ke sidang DUN untuk mendengar baik-baik rekod-rekod yang bakal dibentangkan, untuk belajar bercakap menggunakan fakta, supaya terhindar terus daripada membuat kenyataan bohong yang tidak berasas.

No comments:

Blog Archive