KALAU lah mereka itu rakyat tulen Sabah, sudah tentu tidak sanggup memperlekeh COGANKATA rasmi yang terkandung dalam JATA atau LAMBANG Kebesaran Negeri Sabah.
Cogankata itu adalah hasil pemikiran Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustpaha Datu Harun bersama-sama pemimpin lain seperti Tun Fuad Stephens dan ramai lagi.
Rakyat tulen Sabah sudah tentu pernah menyanyi Sabah Tanah Airku. Dalam bait-bait lagu negeri terkandung “Marilah Bersama Serta Maju Jaya” yang mencerminkan COGANKATA Sabah Maju Jaya (SMJ).
Cogankata yang terdapat pada JATA negeri itu, digunapakai oleh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk visi memajukan dan membangun negeri serta rakyatnya, selain memartabatkan cogankata tersebut.
Jika benar, mereka yang sanggup memperlekeh cogankata itu adalah rakyat tulen negeri ini, ianya bermaknanya adanya tindakan terlepas padang daripada kerajaan dahulu, apabila kurang memberi penekanan untuk menghayati cogankata tersebut. Atas sebab itu, agar mereka yang terdiri daripada rakyat tulen tidak termasuk dalam golongan yang menghina JATA kebesaran negeri, kerana kurang pengetahuan/kurang menghayati, maka tepat sekali, apabila kerajaan GRS memartabatkan cogankata itu.
Secara kebetulan, mereka yang tidak menyokong kerajaan, bukan sahaja memperlekeh SABAH MAJU JAYA akan tetapi dijadikan satira, dengan menghubungkannya dengan kemudahan asas, seperti jalan berlubang, masalah air, sedangkan semasa COGANKATA itu menghiasi JATA RASMI NEGERI, keadaan kemudahan asas jauh lebih daif.
Penulis berpandangan, mereka yang memperlekeh visi SABAH MAJU JAYA (SMJ), yang merupakan HALATUJU negeri ada lah kumpulan yang tidak mahu menerima kenyataan dan fakta apa yang telah dicapai kerajaan sejak mengambil alih kerajaan negeri.
Mungkin mereka cemburu, kerana kerajaan yang mereka warisi dengan pertumbuhan ekonomi NEGATIF 9.2% berjaya dipulihkan pada tahun 2021 kepada 1.1% dan tahun lalu kepada 3.7%, sedangkan mereka itu diwarisi dengan pertumbuhan ekonomi negeri tahun 2017 setinggi 8.1%, kemudian kerana ketidak mampuan mengurus negeri, pertumbuhan ekonomi negeri menjunam kepada 1.5% tahun 2018, 0.5% tahun 2019, dan NEGATIF 9.2% tahun 2020.
Adalah kelaziman mereka yang penuh dengki, tin kosong, sentiasa berfikiran negatif, kerana ingin menutupi kekurangan/kelemahan ketidak mampuan mereka.
Namun, jika sebenarnya mereka yang menghina COGANKATA negeri itu adalah rakyat bukan tulen, maka tiada sesiapa yang boleh menyalahkan, kerana memangpun TIDAK mengetahui/memahami erti COGANKATA tersebut.
No comments:
Post a Comment