Monday, July 10, 2023

PERUBAHAN POLITIK TANAH AIR- ELAK PENDEKATAN ABANG BESAR

PADA PRN 6 negeri akan dibuktikan blok parti mana yang dominan, antara PH/BN dan PN. kemudiannya diantara dua blok parti itu, parti mana yang dominan.

Jika berpandukan pada keputusan PRU14, Parti PAS dominan di Kedah (15); Kelantan (37) dan Terengganu (22). Manakala PKR di Selangor (21), DAP di Pulau Pinang (19) dan UMNO di Negeri Sembilan (15). Di antara parti-parti dominan itu, hanya Umno bukan Ketua kerajaan di masing-masing negeri.

Oleh kerana kesan penjajaran baharu, yang menyebabkan PH/BN bergabung, maka blok parti dominan di Kedah, Kelantan dan Terengganu kekal dengan PN,manakala di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, PH/BN.

Daripada segi single parti, walaupun PH/BN bergabung, oleh kerana agihan kerusi bersandarkan pada kerusi yang disandang, maka kedudukan keputusan PRU14 adalah kekal; manakala dipihak PN, ada perubahan sedikit, apabila parti Pas bertanding 126 berbanding 76 kerusi yang disandang, manakala Bersatu 83 kerusi daripada 13 yang disandang, sementara Gerakan 36 tanpa kerusi yang disandang.

Jika melihat pada agihan kerusi peringkat negeri, di pihak PH/BN, Umno dominan di Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu, PKR pula di Selangor,manakala DAP di Pulau Pinang. Di pihak PN pula, Bersatu dominan di Negeri Sembilan dan Selangor, manakala Pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara Gerakan di Pulau Pinang.

Berpandukan pada rekod, biasanya hanya parti DAP dapat mengekalkan kerusi yang disandang. Pada PRN 6 negeri ini, parti berlambang roket itu hanya bertanding 48 kerusi, iaitu kerusi yang disandang.

Dengan pengertian demikian, diantara single parti yang meletakkan calon, hanya parti DAP kurang mendapat saingan, manakala parti-parti lain sangat bergantung keputusan pengundi terutama di Negeri Sembilan, Selangor dan Kedah. Manakala di Kelantan dan Terenggnu, walaupun PH/BN mencuba menembus tembok PN, akan tetapi, PN masih dapat mempertahankan dua negeri itu.

Di pihak PH/BN jika pada PRU atau PRN selepas PRN 6 negeri dikekalkan kaedah agihan kerusi, maka Umno/BN adalah parti dominan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala PKR hanya di Selangor dan DAP di Perak dan Pulau Pinang.

Secara garis besarnya, jika berpandukan pada peringkat negeri, Umno/BN bukan lah parti penumpang, melainkan parti dominan, walaupun di peringkat Persekutuan parti itu dilihat sebagai parti penumpang.

Istilah parti penumpang adalah relatif, kerana jika masih menggunakan istilah itu, GPS dan GRS juga parti penumpang di peringkat Persekutuan.

Bagi pandangan penulis, perbezaan parti dominan antara negeri dan Persekutuan lebih banyak membawa kebaikkan pada rakyat dan negara, kerana berlaku semak dan imbang antara parti-parti, berbeza dengan keadaan selama 60 tahun, parti yang dominan di Peringkat Persekutuan juga dominan di peringkat negeri, sehinggakan melahirkan kerajaan pak turut, kerana kerajaan dipandu menggunapakai ABANG BESAR.

Pada PRN 6 negeri, terpulang pada rakyat negeri yang berkenaan, apa kah menerima/bersetuju dengan cara agihan kerajaan seperti mana dalam Kerajaan Perpaduan, yang mana ada parti yang menyokong kerajaan dominan di peringkat negeri, dan ada yang dominan di peringkat Persekutuan, kerana kombinasi sedemikian, jauh lebih baik berbanding, parti dominan di dua-dua peringkat.

No comments:

Blog Archive