Sunday, July 09, 2023

DUN LAMAG & SUKAU- DUN YANG PERLU DIMENANGI: HAJIJI

GABUNGAN/GAGASAN RAKYAT menyasarkan DUN Lamag dan Sukau, dua DUN bagi Parlimen Kinabatangan yang perlu dimenangi pada PRN17 Sabah yang bakal diadakan pada tahun 2025.

Kemenangan bagi Gabungan/Gagasan di dua DUN tersebut sangat signifikan sebagi cerminan penerimaan rakyat pada parti itu di Pantai Timur Sabah.

Gabungan/Gagasan pada kedudukan terkini, hanya diwakili menerusi ahli parlimen Batu Sapi dan Tawau dan DUN Apas yang dimenangi menerusi pilihan raya, manakala beberapa DUN lain, adalah wakil rakyat yang menang menerusi parti lain, akan tetapi mengubah platform perjuangan politik dengan menyertai Gabungan/Gagasan.

DUN Lamag (kawasan baharu) dan Sukau, secara tradisinya adalah wilayah Umno, seperti mana DUN-DUN di Parlimen Lahad Datu dan Semporna, akan tetapi apabila rakyat mengubah platform perjuangan, maka sejak PRU14, semua DUN di dua parlimen itu dirampas Parti Warisan. Demikian juga di DUN Lamag/Sukau, berasaskan sambutan rakyat di dua kawasan itu, boleh memastikan dua DUN itu bakal ditawan Gabungan/Gagasan pada PRN negeri akan datang.

Penilaian pemimpin Gabungan/Gagasan bahawa dua DUN itu bakal dirampas, bukan kerana dua DUN tersebut diwakili pemimpin Umno yang menarik sokongan pada Kerajaan GRS pada Januari 2023, akan tetapi penilaian itu berasaskan perubahan aspirasi rakyat yang cenderung pada parti tempatan/lokal.

Kencenderungan rakyat Sabah pada parti lokal/tempatan bermula pada PRU14, apabila Parti Warisan berjaya merampas sebahagian kawasan tradisi Umno. Akan tetapi kini, kecenderungan tersebut dilihat beralih pada Gabungan/Gagasan, berbanding Parti Warisan, atas sebab rakyat sudah melihat pada parti berlogo perahu layar itu adalah parti matahari terbenam (Sun Set Party).

Pengerusi GRS merangkap Presiden PGRS (Gagasan Rakyat)- Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalalm ucapan pada majlis Himpunan Gagasan Rakyat Lamag/Sukau pada Sabtu, menzahirkan bahawa dua kawasan DUN tersebut adalah dua kawasan yang perlu dimenangi oleh parti gabungan tersebut, atas sebab itu semua jajaran kepimpinan perlu berkerja keras bermula daripada sekarang.

Tempoh dua tahun bukannya lama. Persiapan/pengaturan/menggerakkan jentera parti perlu sentiasa siap sedia, seolah-olah PRN berlangsung esok hari.

Diakui Gabungan/Gagasan perlu memikat hati rakyat Sabah sebanyak/sedini/seawal/seramai mungkin, memandangkan, parti seperti Umno terus berusaha untuk kekal relevan di bumi Sabah.

No comments:

Blog Archive