PENGUNCUPAN pertumbuhan ekonomi Sabah yang disebabkan oleh pemerintahan era Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal selepas PRU14, menjadi cabaran utama kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Mengambil alih kerajaan pada September 2020, dengan keadaan ekonomi yang bercelaru selain kesan Pandemik Covid-19, sehingga kadar pertumbuhan ekonomi negeri NEGATIF 9.2% pada akhir tahun berkenaan.
Bermula dengan pertumbuhan negatif, adalah cabaran utama, pun demikian, Kerajaan Negeri berjaya memulihkan ekonomi negeri, apabila pertumbuhan bertukar positif pada tahun 2021 kepada 1.1%.
Laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bahawa pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun lepas ada lah 3.7%, berbanding pertumbuhan Nasional 8.7%. Walaupun pertumbuhan ekonomi negeri di bawah pertumbuhan nasional, akan tetapi ianya satu pencapaian yang cukup baik.
Pada tahun ini, pertumbuhan ekonomi negeri dijangka pada kadar 5%.
Pertumbuhan ekonomi negeri semakin positif kesan kerangka yang disusun atur menerusi Visi Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025.
Landasan merealisasikan visi kerajaan itu, dilihat menerusi kutipan hasil negeri yang terus meningkat, rezab kewangan negeri yang kukuh, pertandangan yang surplus dan juga Bajet surplus.
Pertumbuhan ekonomi dipacu dengan kepesatan industri kesan pelaburan yang masuk ke dalam negeri seperti industri solar dan silika, yang membuka banyak peluang pekerjaan berkualiti pada para pencari kerja.
Kerajaan Negeri yang dipimpin Hajiji, yang berorentasikan pada kemajuan, apabila mempergunakan apa sahaja kelebihan yang ada pada negeri untuk dijadikan sebagai sumber meningkatkan pendapatan negeri.
Perdagangan karbon, sumber pendapatan yang asing bagi negeri, akan menjadi salah satu penyumbang kutipan hasil negeri.
Kerajaan Negeri sedar, walaupun industri minyak dan gas adalah industri matahari terbenam, akan terus mengambil peluang sebanyak mungkin menerusi industri itu.
Sabah dalam dekad-dekad yang akan datang, boleh menjadi salah satu penyumbang besar kepada perekonomian negara, apabila Ibu Negara Indonesia secara rasmi berpindah ke Nusantara. Sumbangan Sabah pada ekonomi negara tahun lalu adalah 5.4% berbanding Selangor 25.5% dan Sarawak 9.3%, pun demikian Sabah berkedudukan di tangga ke-6 daripada semua negeri di negara ini.
Pertumbuhan ekonomi negeri yang semakin kukuh dan tinggi, diperlukan, bagi merancakkan aktiviti ekonomi, agar semakin ramai peluang-peluang pekerajaan dapat dicipta.
Kerajaan Sabah hari ini sangat tercabar, memandangkan, Sabah adalah negeri yang mempunyai ramai rakyat yang tergolong miskin.
Merujuk pada laporan DOSM tahun 2023, bahawa hardcore poverty bagi Sabah adalah 25.3% berbanding Nasional 8.4% pada tahun 2020. Data ini menunjukkan bahawa 1 daripada 4 isi rumah di Sabah adalah miskin.
Penulis menaruh keyakinan, menerusi strategi yang digariskan menerusi Sabah Maju Jaya (SMJ), kerajaan akan mampu mengeluarkan rakyat tergolong miskin, apabila semua usaha kerajaan terealisasi. Mengeluarkan mereka yang tergolong msikin ini, akan tercapai, apabila pemerataan pendapatan dapat disempitkan.
Penyempitan jurang pendapatan antara rakyat, apabila kemajuan seimbang di semua kawasan atau daerah. Keseimbangan ini akan mula menampakan hasil apabila lebuh raya rentas Borneo siap kelak.
No comments:
Post a Comment