Monday, July 17, 2023

KOS SARA HIDUP: RAKYAT ADA HAK BERTANYA?

HAKIKATNYA hak rakyat bertanya hanya pada kerajaan yang rakyat beri mandat menerusi pilihan raya, bukan sebaliknya.

Oleh kerana kerajaan Persekutuan hari ini bukan kerajaan yang diberi mandat rakyat, akan tetapi kerajaan atas Titah YDP Agong, maka jikapun rakyat bertanya, terpulang pada kerajaan memberi respon.

Mengimbas kembali, parti-parti yang diberi mandat, adalah Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Mengapa dikatakan parti-parti itu dikatakan mendapat mandat rakyat, kerana kesemuanya bermatlamat sama, iaitu menentang parti yang sama.

Bezanya mandat rakyat itu dizahirkan menerusi parti-parti yang berbeza, akan tetapi bermaksud sama.

PN menentang PH, BN dengan visi No Anwar dan No DAP, GPS No PH, GRS juga demikian.

Malangnya mandat rakyat itu digagalkan oleh Presiden Umno- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sehinggakan YDP Agong, memberi cadangan agar semua parti berkerjasama untuk menubuhkan kerajaan.

Oleh kerana PN tidak dapat menerima kerjasama dengan PH, maka option lain, adalah kerjasama PH dan BN serta parti-parti lain, semata-mata untuk menubuhkan kerajaan.

Jika semua parti yang secara tidak langsung diberi mandat rakyat, kerana rakyat mengundi parti-parti itu berasaskan common enemy, menterjemahkan keputusan rakyat itu, maka kerajaan Persekutuan hari ini, adalah terdiri daripada parti-parti tersebut.

Walaupun hanya PN bukan parti yang diberi mandat, kerana diambil alih oleh PH, sementara parti-parti lain, adalah parti-parti yang diinginkan rakyat menjadi kerajaan, akan tetapi secara umumnya, kerajaan tidak mencerminkan kehendak/aspirasi rakyat pada PRU15.

Oleh kerana kerajaan bukan kehendak/aspirasi rakyat, maka dengan sendirinya, rakyat kehilangan hak bertanya, berkaitan penyelesaian masalah-masalah atau isu-isu yang dihadapi, termasuk lah soal kos sara hidup, nilai ringgit yang semakin merosot, kenaikkan OPR-Bank Negara, kurangnya peluang pekerajaan, kurangnya aktiviti ekonomi dan lain-lain.

Jika rakyat negara ini secara umum mendapati pendekatan Perdana Menteri hari ini sangat berbeza dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu-lalu, maka bukan salah beliau, kerana memangpun beliau bukan indivdiu yang diberi mandat.

Yang perlu dipersalahkan adalah pemimpin yang mengenepikan mandat rakyat, iaitu Presiden Umno- Datuk Ahmad Zahid Hamidi, kerana menolak bekerjasama dengan parti-parti yang diberi mandat oleh rakyat bagi tujuan menubuhkan kerajaan.

Apapun, kisah yang lalu, hanya menjadi rekod sejarah, kerana parti-parti yang diberi mandat rakyat telahpun bersetuju dengan penjajaran baharu, dan telah move on. Terpulang pada rakyat pula, apa sambutan mereka terhadap penjajaran baharu ini, merestuinya atau sebaliknya.

Pembukitian, apa kah rakyat restu, akan dilihat pada PRN 6 Negeri 12 Ogos ini. Sama-sama kita nanti-nantikan sejauh mana kuasa rakyat dalam penentuan hala tuju parti-parti politik dalam senario yang baharu ini.

2 comments:

Unknown said...

Ph n pn berapa. Kerusi.. Ph melebihi. Pn.. Jadi mandat rakyat lebih kepada ph

Unknown said...

Jika umno bersama pn.. Maka akan berkuburlah umno.. Yang mng nak ganti umno ialah bersatu

Blog Archive