Monday, July 17, 2023

YANG ADA HANYA MALAYSIA

SEJARAH adalah sejarah. Mengenal susur galur, maka rujuklah pada sejarah.

Demikian juga bernegara. Kini Malaysia adalah negara. jika mahu mengetahui bagaimana Malaysia wujud,maka rujuklah pada sejarah.

Kerana Malaysia adalah satu entiti yang baharu, maka apapun sejarah yang melatarbelakanginya, adalah rekod lampau, ertinya hanya tinggal rekod, tidak lagi mengikat, kecuali yang termaktub dalam Perlembagaan.

Jika ada pihak yang masih menggunapakai Tanah Melayu, yang kini menjadi Semenanjung Malaysia, adalah mereka yang belum move on.

Betul pada tahun 1957, yang merdeka adalah Persekutuan Tanah Melayu, daripada Perlis hingga ke Johor. Tetapi apabila Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak bersetuju pembentukan Persekutuan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, maka terwujud entiti baharu- iaitu Persekutuan Malaysia.

Bermula pada tahun 1963, semua wilayah dirujuk sebagai Malaysia, walaupun akhir-akhir ini, ramai yang memberi penekanan pada wilayah, berbanding Malaysia.

Keadaan lebih berceralu lagi, apabila setiap wilayah dipisah-pisahkan menerusi fahaman politik, terutama di Semenanjung.

Oleh kerana setiap negeri terpisah-pisah kerana fahaman politik, maka Perdana Menteri, kini menjadi ketua kepada Ketua-Ketua Menteri, Premier dan Menteri-Menteri Besar daripada parti-parti yang berbeza.

Jika perpandukan pada kedudukan, Perdana Menteri adalah jawatan nombor satu negara. Ertinya tidak perlu berseteru dengan mana-mana Ketua Menteri, Premier atau Menteri Besar.

Pada asasnya Perdana Menteri adalah perdana menteri untuk semua, sama fungsi seperti bapa/ayah pada anak-anak sebapa walaupun berlain ibu.

Akan tetapi fahaman politik yang berbeza, maka Perdana Menteri tidak dapat memberi peranaan sebagai ayah/bapa kepada semua, kerana mempunyai kecenderungan berpihak.

Hakikatnya ini lah yang berlaku di Malaysia, sebuah negara yang aman dilihat daripada luaran, akan tetapi berceralu di dalam.

Sekali lagi, kecelaruan dalaman sempena PRN 6 negeri. Perdana Menteri termasuk menteri-menteri Persekutuan, bertungkus lumus untuk mengenyahkan pemimpin/parti politik yang tidak sealiran, seperti tindakan menghalau anak sebapa berlainan ibu daripada rumah keluarga, kerana sang ayah memilih hanya anak-anak yang sebapa dan seibu sahaja yang dibenarkan tinggal dalam rumah keluarga.

Sepatutnya keadaan sedemkian tidak perlu berlaku. Sebagai ayah/bapa, perlu melayani semua anak-anak, asalkan tindakan mereka tidak menyalahi undang-undang atau perlembagaan negara.

Biarkan sesama anak-anak bersaing demi kemajuan dan kebaikan, dan sebagai ayah/bapa pandu mereka sebagai sebuah kekuatan untuk memajukan dan membangun negara secara keseluruhan.

PRN 6 negeri tidak mengancampun kedudukan Perdana Menteri atau kerajaan Persekutuan,
kerana PRN ini hanya membabitkan kerajaan negeri.

Tindakan Perdana Menteri semasa manghadiri majlis bersama pesawah dan nelayan di Alor Setar, Kedah pada Sabtu yang mengumumkan kaedah peningkatan keluaran padi menerusi program berskala besar 5 musim dalam 2 tahun, di Kedah adalah salah satu tindakan Perdana Menteri untuk semua.

Apabila Perdana Menteri dapat mengayumi semua, maka suatu hari nanti, setiap rakyat negara ini, akan hanya dikenali sebagai rakyat Malaysia, tidak lagi hanyut dengan latar belakang masing-masing, kerana pada masa dan ketika itu, setiap rakyat telah menjadi ‘MANUSIA” yang tidak lagi hanyut dengan sifat-sifat dengki dan tersisih, melainkan hidup sejahtera dan aman damai dalam negara yang dinamakan PERSEKUTUAN MALAYSIA.

No comments:

Blog Archive