Tuesday, July 18, 2023

SILAP GUNA AYAT POLITIK- SANUSI MOHD NOOR DITAHAN

“SLIP OF THE TONGUE” semasa ceramah politik- Menteri Besar Sementara Negeri Kedah- Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan di bawah Seksyen 4(1) (A) Akta Hastuan dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Selasa (hari ini).

Punca MB Kedah itu ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dibawah Akta Hasutan, kerana polis menerima laporan berkaitan komen Sanusi yang membalas komen Menteri Besar Selangor- Datuk Amirudin Shari terhadap beliau, namun kerana ayat yang digunakan, tidak tersusun dengan baik, maka pihak lain yang terasa, dengan mentafsirnya menghina Sultan Selangor.

Komen Sanusi yang memperlekeh Amirudin, kerana ayat digunakan tidak teratur, seolah-olah mempersoalkan kuasa Sultan Selangor melantik Amirudin sebagai MB.

Sebelum MB Kedah itu, memberi komen berkaitan Amiruddin, MB Selangor itu terlebih dahulu mempersoalkan kebolehan Sanusi sebagai Menteri Besar kedah. Oleh kerana ayat yang digunakan hanya fokus pada sosok tubuh Sanusi, maka tiada pihak yang terasa, bahawa komen Amirudin itu mempersoalkan kuasa Sultan Kedah.

Mendengar rakaman video atau siaran langsung ceramah MB Kedah itu di Selangor, jika dilihat secara berkecuali, memang komen berkaitan Amirudin adalah pada sosok tubuh MB Selangor itu, akan tetapi “slip of the tongue” atau cuai dalam penggunaan ayat-ayat, maka telah menjadi masalah.

Sanusi telah mengakui “slip of the tongue” dan mohon ampun pada Sultan Selangor, akan tetapi berasaskan laporan media, permohonan ampun tidak mendapat perkenaan, menerusi jawapan tidak langsung, isu itu belum selesai.

Oleh kerana, mungkin semasa tulisan ini sedang disepersiapkan, Sanusi sudah dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan menghasut. Maka terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan, apakah orang yang kena tuduh (OKT) bersalah atau sebaliknya. Tuduhan dalam Akta Hasutan, boleh membawa hukuman- denda, penjara atau kedua-duanya.

Oleh kerana Sanusi dihadapkan ke mahkamah, maka bertambah lagi individu dalam kluster mahkamah, walaupun kes-kes berkaitan pemimpin lain dalam kluster mahkamah semuanya berkaitan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram.

Penahanan dan didakwanya Sanusi selain MB Sementara Kedah, juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) menjelang PRN 6 negeri yang juga melibatkan Negeri Kedah, sedikit sebanyak memberi kesan pada PRN tersebut.

Sejauh mana kesannya, apa kah positif/negatif pada PN, akan diketahui pada 12 Ogos.

No comments:

Blog Archive