Sunday, July 16, 2023

PRN 6 NEGERI- GPS TIDAK HANTAR JENTERA

PERTIMBANGAN Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) tidak menghantar jentera bagi membantu PH/BN kerana tidak arif politik Semenanjung.

Keputusan itu mencerminkan, bahawa biarlah blok parti Semenanjung mengatur hala tuju politik masing-masing, dan juga secara tidak langsung menghantar mesej, bahawa politik Blok Borneo diatur oleh blok politik di wilayah tersebut.

Walaupun GPS tidak menghantar jentera, akan tetapi pemimpin parti itu yang menganggotai Kerajaan Perpaduan mempunyai tanggungjawab membantu kerajaan sesuai dengan kapasiti masing-masing.

Selain itu, mesej yang disampaikan GPS pada PRN 6 negeri, bahawa perlu setiap negeri mempunyai kerajaan yang stabil.

Penulis melihat keputusan blok parti Sarawak itu tidak menghantar jentera, selain pertimbangan tidak arif politik Semenanjung, pada hakikatnya politik Semenanjung berbeza dengan politik Sarawak dan juga Sabah.

Di Semenanjung, hanya melibatkan tiga kaum, manakala di Sabah dan Sarawak melibatkan banyak kaum.

Di Sabah dan Sarawak, politik bercorak perkauman, bukan penentu hala tuju politik, kerana tiada mana-mana kaum boleh menentukan hala tuju sesebuah parti politik. Berbeza dengan Semenanjung, adanya kaum yang boleh menentukan jatuh bangunnya sesebuah parti politik.

PRN 6 negeri, menggambarkan persaingan hebat antara kaum, seperti gambaran Setiusaha Agung DAP- Anthony Loke Siew Fook bahawa Ahli Parlimen Seremban itu akan mempertahankan DUN Chennah, kerana menurut dapatan beliau 90% pengundi cina dan lebih 50% pengundi melayu di kawasan DUN itu mahukan beliau mewakili mereka.

Sementara itu, parti Perikatan Nasional (PN) menaruh keyakinan boleh menang pada kawasan-kawasan majoriti kaum melayu, kerana mendakwa menurut dapatan parti itu, lebih 60% pengundi melayu berpihak pada parti itu.

Ada lah dilema bagi parti-parti blok Borneo apabila terlibat secara langsung pada PRN 6 negeri, kerana terpaksa berhadapan dengan isu kaum, sedangkan isu seperti itu, bukan pendekatan parti-parti blok Borneo.

Menerangkan pada rakyat Semenanjung, betapa mustahaknya hubungan rentas kaum, bukan mudah, kerana mereka menganggap lebih “senior” dalam arena politik mahupun bernegara, memandangkan Sabah dan Sarawak hanya menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada Tahun 1963, sedangkan di Semenanjung perkembangan politik sudah bertapak lebih lama, sejak tahun 1948.

Memandangkan pertimbangan itu, maka tepat, bagi GPS secara tidak langsung berkecuali, apabila tidak menghantar jentera.

Penulis masih menunggu keputusan GRS di pihak Sabah pula, walaupun ada isyarat daripada Ketua Penerangan PGRS, bahawa GRS hanya menunggu arahan pucuk pimpnan, samada menghantar jentera atau sebaliknya.

No comments:

Blog Archive