Monday, June 12, 2023

PRN 6 NEGERI- LEBIH MUDAH PN/PAS MENANG JIKA LAWAN UMNO

ADA yang kata, sempena PRN 6 negeri- Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, calon PN/PAS lebih mudah menang jika berhadapan dengan calon Umno.

Dikatakan calon-calon Umno bukan sahaja ditolak pengundi atas pagar, juga separuh daripada penyokong parti itu, selain tiada jaminan daripada pengundi kaum cina dan india.

Situasi yang dihadapi Umno menjadikan PH dalam dilema di 3 negeri yang dikuasai blok parti itu.

Bagi PH memberi ruang pada Umno boleh menyebabkan banyak kerusi ditawan PN/PAS, atas sebab itu, kecenderungan mempertahankan status quo berasaskan keputusan PRU14, lebih memberi kepastian kerusi-kerusi yang disandang dapat dipertahankan.

Ramai pengamat politik melihat, walaupun pada PRN 6 negeri Umno/BN bekerjasama dengan PH, tiada mana-mana blok parti yang mendapat keuntungan, kerana faktor penolakan berlaku baik daripada penyokong PH mahupun Umno/BN.

Faktor penolakan akan lebih tinggi, terhadap calon-calon Umno berbanding calon-calon PH.

Kelebihan jika calon PH, penyokong parti itu akan full force menyokong, sebaliknya jika calon Umno/BN, tidak berlaku penyokong PH akan full force menyokong.

Oleh kerana kerjasama dua blok parti itu tidak menghasilkan menang-menang, maka di Kedah, Kelantan dan Terengganu, bakal dimenangi PN/PAS dengan mudah.

Selain kerjasama PH/BN tidak menguntungkan kedua belah pihak, PH bimbang, PN/PAS akan menang kerusi dengan jumlah yang signifikan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Pada PRN 6 ini, dua isu yang ingin dibuktikan, pertama berkaitan pandangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bahawa Umno akan bungkus, dan kedua kenyataan Tan Sri Annuar Musa bahawa 2 juta ahli Umno tidak lagi menyokong parti itu.

Walaupun Umno menerusi PAU parti itu pada 7-10 Jun kenampakan Gah, tetapi tidak semestinya gah dalam pilihan raya.

Ramai melihat, bahawa Umno masih tidak berubah daripada perangai yang ditolak pengundi atas pagar, iaitu angkuh, takabur dan bertindak sebagai abang besar.

Desakan Ketua Pemuda parti itu, supaya Parti DAP memohon maaf pada parti itu sebagai cara melebutkan hati ahli/penyokong parti itu terhadap DAP, sebenarnya hanya mencari kambing hitam, sedangkan sepatutnya Umno lah yang perlu meminta maaf pada kaum melayu agar hati kaum itu lembut hati pada parti itu, kerana selama 60 tahun menunjangi kerajaan, akan tetapi gagal menunaikan aspirasi kaum itu.

Blog Archive