Wednesday, June 14, 2023

PRN 6 NEGERI- ASAS UNTUK BERGERAK KE HADAPAN



JIKA didapati undi kaum melayu terberbahagi dua, maka jelas, calon-calon PN/PAS ramai yang kalah. Jika demikian keadaannya, kehadiran Umno bersama PH mendatangkan menang-menang bagi dua blok parti itu.

Keputusan sedemikian, maka dengan sendirinya menunjukkan, bahawa kaum melayu akan setara dengan kaum-kaum lain, yang perlu sokong menyokong dengan kaum lain untuk menang waima di kawasan-kawasan majoriti kaum itu.

Pada hakikatnya PH/BN hanya perlu sokongan 30% kaum melayu untuk menang sebanyak mungkin kerusi. Apa tah lagi jika mencapai 50%, kemungkinan Kelantan pun berjaya dirampas.

Jika lah peratusan kaum melayu menyokong PH/BN di atas 30%, maka keputusan seperti mana kemenangan BN pada PRU 2003 yang hampir-hampir merampas Kelantan, apabila hanya dibezakan dengan dua kerusi.

Dalam poltik itu penuh dengan kemungkinan. Tiada yang kekal, sebaliknya sentiasa berubah.

Berhadapan dengan PRN 6 negeri, antara PH/BN dan PN/PAS bermain di padang yang tidak sama rata, terutama dari segi dana pilihan raya.

Jelas Bersatu tidak cukup dana, kerana akaun parti itu dibekukan. Parti itu akan bergantung dana daripada PAS. Dana Parti Pas tidak lah sebanyak mana kerana bergantung sumbangan ahli/simpatisan secara perorangan, bukan sumbangan daripada syarikat-syarikat besar. Kalau adapun, tidak lah sebesar sumbangan Tan Sri Syed Moktar pada Bersatu, yang kini menjerat Tan Sri Muhiyiddin.

Tidak semestinya betul, dana besar boleh membuatkan sesebuah parti itu menang, akan tetapi dana adalah pendokong pada jentera pilihan raya. Tanpa dana, sukar bagi jentera bergerak pantas.

Selain dana yang terhad bagi PN/PAS ditambah lagi apapun keputusan PRN itu tidak mengubah status quo kerajaan Persekutuan, kemungkinan tidak mendorong sangat penyokong PH/PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi.

PN/PAS kemungkinan hanya bergantung pengundi yang bermastautin. Sementara PH/BN boleh mengerahkan setiap orang penyokong untuk keluar mengundi termasuk yang berada di luar kawasan.

Apa yang pasti PRN 6 negeri ini, akan berlaku seperti sistem dua parti. Satu blok parti mewakili semua kaum, satu blok lagi hanya satu kaum.

Akan terlihat nanti, di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu, apa kah kaum itu menyokong blok parti yang mewakili mereka, atau kah blok parti berbilang kaum?

Menyokong blok parti berbilang kaum, bererti kaum melayu akur dengan perpecahan kaum itu. Perpecahan kaum itu, memang dinanti-nantikan berdekad lamanya, supaya kaum majoriti itu lemah.

Kekuatan suatu kaum kerana jumlahnya majoriti,  perlu dipecahkan. Siapa yang memecahkan kaum itu? jawapannya kaum itu sendiri.

Hakikatnya, tiada siapa daripada pemimpin kaum melayu yang ada pada hari ini boleh bercakap berkaitan kesatuan kaum melayu, kerana mereka lah punca kaum itu berpecah.

Kaum cina sudah lama bersatu dalam Parti DAP. Mereka tidak lagi memandang pada mana-mana parti yang mengaku mewakili mereka. Kesan kesatuan mereka itu, maka kini menjadi king maker pada mana-mana kaum untuk membentuk kerajaan, malah, sebuah negeri telah mereka kuasai,iaitu Pulau Pinang.

Kesediaan Umno bersama PH, maka semakin berpecah lah kaum melayu, dan seterusnya kaum itu akan terus lemah. Kalau pun sebahagian daripada kerajaan, hanya sebagai pelengkap, bukan lagi sebagai penentu.

Beruntunglah kaum minoriti, kerana dapat mempergunakan kaum majoriti untuk mendapat kuasa.

Mana-mana kaum jika ada kuasa, terbela lah kaum diwakili, setidak-tidaknya pendekatan kesama-rataan dipraktikkan.

Jika berkait kemiskinan, pendekatan pembasmian dipersetujui rentas kaum, tetapi apabila berkaitan kebolehan, kemahiran, pendekatan kesama-rataan, akan mendapati semakin kecil peratusan kaum melayu/bumiputera mendapat bahagiannya, setidak-tidaknya dalam dekad ini, kerana baru merasai atau mengerti apa itu meritrokrasi.

Secara umum,meritrokrasi baik untuk kemajuan dan masa depan negara. Mana-mana kaum tidak menggunapakai meritrokrasi akan ketinggalan.

Tetapi yang membimbangkan, kaum majoriti adalah kumpulan yang terpaksa bersaing pada padang yang tidak sama, kerana mereka ini majoritinya tinggal di kawasan luar bandar yang serba kekurangan, termasuk kemudahan asas.

Bukan mustahil, kaum majoriti akan bertuankan kaum minoriti, termasuk dalam dunia politik.

Bahasa kasarnya “padan muka” selama 60 tahun kuasa ditangan kaum majoriti, pun demikian, tidak menyebabkan kaum itu selari dengan kedudukannya, melainkan menjadi majoriti pada status sosial paling bawah, B40.

Mungkin apabila menyadari tongkat tiada lagi, membuatkan kaum majoriti bangkit dan berusaha bersaing, agar usaha mereka menepati nilai meritrokrasi.

Manusia itu boleh berubah, ke arah yang lebih baik, jika tiada pilihan lagi atau tiada yang disandari lagi, seperti mana berlaku pada kaum minoriti berdekad lamanya, yang memaksa mereka berdiri dikaki sendiri.

Mungkin 50 tahun akan datang, kaum majoriti berjaya bangkit, atas sebab, setiap yang dilahirkan sebaik sahaja mengerti kehidupan, akan menjadikan meritrokrasi sebagai panduan untuk mendapat peluang-peluang. Maka pada masa itu, negara akan menjadi negara maju, kerana mempunyai rakyat yang berdaya saing, berkemahiran, berilmu pengetahuan.

Jelas PRN 6 negeri adalah asas untuk bergerak ke hadapan- bahawa kaum bukan lagi pengikat pada mana-mana rakyat, sebaliknya meritrokrasi.

No comments:

Blog Archive