Friday, June 16, 2023

PRN 6 NEGERI- KEPUTUSAN AKAN MENGUBAH HALA TUJU BLOK POLITIK BORNEO?

PENGUNDI yang mengundi pada PRN 6 negeri tidak mempunyai bebanan berat sepertimana pada PRU15, atas sebab mereka hanya menentukan parti mana diberikan mandat memerintah negeri.

Jika mereka berkeputusan mahu kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan persekutuan, maka menyokong PH/BN. Jika mereka mahu adanya semak dan imbang, maka menyokong PN/PAS.

Di mata rakyat, dengan memberi sokongan pada blok parti yang menerajui Persekutuan, maka masalah mereka akan selesai? Mereka akan terbela? Jika menurut pandangan mereka YA, maka tiada keraguan, mereka memberi mandat pada PH/BN.

Sebaliknya, jika rakyat berpandangan, jikapun memberi mandat pada blok parti yang mendokong kerajaan persekutuan, masalah mereka tidak selesai, tidak juga terbela, maka mereka memberi mandat pada PN/PAS selain sebagai semak dan imbang, akan tetapi isyarat agar kerajaan Persekutuan bekerja keras menunjukkan komitmen menyelesaikan masalah mereka. Jika masalah-masalah rakyat selesai, maka ada kemungkinan pada PRU16 mereka akan menyokong.

Rakyat tahu, kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan yang besar untuk mengatasi masalah rakyat atau membela rakyat, melainkan kerajaan Persekutuan. Akan tetapi mereka juga tahu, 60 tahun menyokong kerajaan Persekutuan, masalah mereka tidak juga selesai, malah ramai di antara mereka tidak terbela.

Oleh kerana mempunyai pengalaman samada diperintah oleh parti-parti yang menerajui Persekutuan mahupun negeri, maka memandu mereka membuat keputusan.

Di antara 6 negeri yang mengadakan PRN, Negeri Kelantan mendahului, memberi mandat pada parti menentang kerajaan Persekutuan, kemudiannya diikuti Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 2008, dan sekali sekala di Perak, Kedah dan Terengganu.

Mustahil rakyat negeri Kelantan tidak dapat membezakan, kelebihan memberi mandat pada parti yang menentang Kerajaan Persekutuan, kerana sejak tahun 1990 terus menolak parti yang menerajui Kerajaan Persekutuan. Demikian juga di Selangor dan Pulau Pinang, bermula tahun 2008, ada lah mustahil rakyat negeri itu tidak dapat membezakan, bersama kerajaan Persekutuan atau sebaliknya.

Pada PRN 6 negeri ini, senarionya berbeza bagi negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, kerana kerajaan Persekutuan juga diterajui parti yang sama, manakala di Kedah, Kelanatan dan Terengganu berbeza.

Walaupun PRN 6 negeri tidak mengubah status quo Kerajaan Persekutuan, akan tetapi menerusi PRN ini, yang mahu dilihat ke arah mana pengundi kaum melayu meletakkan undi/sokongan mereka.

Memang diakui pengundi kaum melayu telah berpecah, seperti mana bukti pada PRU15, antara Umno dan PN/PAS. Menerusi perpecahan itu, PN/PAS mendapat peratusan sokongan hampir separuh berbanding Umno.

Kerana fakta itu juga lah, Umno kena berbuat sesuatu untuk kekal relevan. Tindakan Umno bersama PH adalah untuk menang di kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu dengan pertolongan penyokong PH yang umumnya pengundi cina dan india.

Pada hakikatnya, Umno hanya perlu mengekalkan sokongan kaum melayu yang menyokong parti itu pada PRU14/15, untuk menang di semua kawasan yang ditandingi, kecuali di Kelantan.

Di lihat, pada PRN 6 negeri kombinasi PH/BN di atas kertas akan mudah memertahankan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, dan akan menang banyak kerusi di Kedah, dan Terengganu, akan tetapi tidak cukup untuk merampas kerajaan daripada PN/PAS.

Rekod pilihan raya negara ini, bagi pengundi kaum melayu, kecuali di Kelantan, tiada mana-mana blok parti disokong lebih 70% daripada kaum itu.

PH/BN hanya akan tercabar di kawasan-kawasan majoriti kaum melayu di 5 negeri, jika hanya jika PN/PAS disokong pengundi melayu di atas 70%.

Penulis berpandangan, keputusan PRN di 6 negeri, ada lah penanda aras hala tuju PRU16, apa kah pada PRU itu akan berlaku pertembungan sistem dua parti, yakni blok parti yang disokong berbilang kaum, dan blok parti bersandarkan pada satu kaum.

Jika keputusan PRN 6 negeri memihak pada PH/BN, maka jelas, kerajaan Persekutuan akan terus diterajui blok parti berbilang kaum. Jika sebaliknya, maka akan mempengaruhi politik Blok Borneo kerana terpaksa “adjust” hala tuju.

No comments:

Blog Archive