Sunday, June 11, 2023

JEMAAH MENTERI NEGERI- PREROGATIF KETUA MENTERI

MEMPERTIKAI jemaah menteri negeri, sama dengan mempersoal prerogatif Ketua Menteri.

Semua pihak termasuk pemimpin politik terutama parti politik yang ikut sama menerajui kerajaan, perlu faham, bahawa barisan kabinet atau jemaah menteri ada lah bidang kuasa Ketua Menteri.

Betul pemimpin politik boleh mencadangkan berkaitan barisan kabinet atau jemaah menteri, tetapi itu semua menurut pandangan pribadi pemimpin itu, tidak mengikat Ketua Menteri membuat keputusan berkaitan barisan kabinet yang beliau ketuai.

Semalam, ada pemimpin yang mengatas namakan parti PGRS (Gagasan Rakyat) supaya jawatan Timbalan Ketua Menteri III, diberikan pada parti itu, kerana memberi alasan, bahawa penyandang jawatan itu tidak berparti.

Penulis melihat cadangan itu, tertinggal kereta api, kerana tidak berpandukan bagaimana kerajaan Sabah hari ini dipertahankan pada 10 Januari 2023. Selain itu, pemimpin itu, mahukan kerajaan hari ini yang diketuai Datuk Seri Hajiji Haji Noor supaya bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Pemimpin yang mencadang itu, penulis melihatnya mempunyai muslihat, mungkin dendam pribadi, atau alasan lain, kerana hanya fokus pada jawatan Timbalan Ketua Menteri III.

Cadangan pemimpin itu yang mengaku sebagai Timbalan Ketua Bahagian PGRS Sukau jika menjadi ikutan, akan menjadi cerminan pada rakyat, bahawa perjuangan PGRS hanya untuk jawatan, bukannya untuk rakyat dan negeri. Malah bercanggah dengan visi Ketua Menteri yang menterangkumkan semua pihak dalam kerajaan untuk menjayakan Sabah Maju Jaya.

Setahu penulis, PGRS hanya dilancarkan pada Mac 2023. Jika pemimpin itu mengaku telah lama berjuang dalam parti itu, bukan sahaja menipu diri sendiri, akan tetapi para ahli/penyokong Gagasan Rakyat.

Penulis berkali-kali menulis, berkaitan ciri-ciri pemimpin yang perlu dilibatkan dalam Gagasan Rakyat, jangan sampai terpilih mereka yang sokong membawa rebah. Jangan sampai terpilih pemimpin yang bertindak seperti nila setitik susu sebelanga rosak binasa, seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

Dicadangkan pada barisan kepimpian Gagasan Rakyat (PGRS) “do it right at the first place” supaya sebarang tindakan tidak menjadi liabiliti di masa hadapan. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive