Friday, June 02, 2023

PRN 6 NEGERI APA PILIHAN KAUM MELAYU?

APA pilihan kaum melayu pada PRN 6 negeri? Kerana pilihan kaum itu akan menentukan blok parti yang menang kerusi majoriti di 5 negeri, kecuali Pulau Pinang.

Pertanyaan serupa apa pilihan kaum cina? Kerana pilihan kaum itu akan memastikan calon-calon DAP dan PKR di kawasan majoriti kaum itu.

Blok PN/PAS sudah maklum, bahawa kerusi-kerusi majoriti kaum cina, kalau parti itu bertandingpun hanya meraikan demokrasi.

Berbeza dengan kawasan majoriti kaum melayu, tiada blok parti boleh menuntut, melainkan hanya diketahui kawasan-kawasan sedemikian milik sesebuah blok parti selepas kiraan undi.

Akan tetapi andaian boleh dibuat pada kawasan-kawasan majoriti kaum itu berasaskan keputusan PRU-15. Berpandukan pada keputusan PRU itu, jelas 60% pengundi kaum melayu berpihak pada PN/PAS.

Oleh kerana pada PRN kali ini, hanya berlaku pertembungan dua penjuru, maka PH/BN mempunyai kelebihan, jika merai sekurang-kurangnya 30% pengundi kaum melayu, kerana pasti kaum cina dan india masing-masing menyokong 90% dan 80% pada calon-calon PH/BN, kecuali lah pengundi PH menjauh daripada calon-calon Umno kerana termakan hati atas komen Speaker DUN Johor- Datuk Puad Zarkashi yang memberi komen negatif terhadap Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga menteri ekonomi.

Pada PRN 6 negeri ini, Umno sangat memerlukan sokongan pengundi PH untuk mengimbangi calon-calon PN/PAS.

Hakikatnya, Umno mempunyai peluang di Negeri Sembilan jika semua DUN yang dimenangi pada PRU-14 dapat dipertahankan dan mampu merampas dua kerusi kawasan majoriti kaum melayu.

Demikian juga di Kedah dan Terengganu, jika Umno mampu meraikan sokongan “bank votes” parti itu, dan dicampur sokongan pengundi PH, maka parti itu berpeluang besar menerajui dua negeri itu.

Pilihan raya di negara ini, jika membabitkan hanya dua blok parti, maka blok parti yang mendapat sokongan kaum cina dan india akan keluar sebagai pemenang.

Keadaan ini pernah dilalui Umno/BN pada PRU tahun 1990 dan 1999. Dua PRU dikatakan dua PRU yang amat genting bagi Umno/BN, namun akhirnya menang dengan kuasa 2/3.

Pada PRN 6 negeri keadaan hampir serupa dengan PRU 1990 dan 1999, walaupun Umno/BN dalam keadaan yang berbeza.

Ada lah dijangka, walaupun trend pengundian kaum melayu sama seperti PRU-15, akan tetapi, akan diimbangi pengundi kaum cina/india untuk memberi kelebihan pada PH/BN, walaupun belum boleh merampas Kelantan daripada genggaman Parti Pas.

No comments:

Blog Archive