Friday, June 02, 2023

BERIKAN 40% CUKAI BERSIH PERSEKUTUAN DARIPADA SABAH

MENURUT Perdana Menteri, ada pemimpin pembangkang mempertikai peruntukan lebih pada Sabah. Isu ini akan termuktamad once for all apabila 40% cukai bersih Persekutuan dibayar, kerana tiada sesiapa lagi mempertikainya kerana bayaran itu termaktub dalam perlembagaan negara.

Selepas bayaran itu, kerajaan Persekutuan hanya melaksanakan tanggungjawab sama rata antara wilayah, terutama kemudahan asas rakyat.

Bayaran 40% itu selain cukai kutipan hasil negeri serta royalti minyak, membolehkan Sabah mempunyai dana membaik pulih kemudahan asas rakyat, selain menggunakanya untuk aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang pada pendapatan rakyat.

Bayaran 40% boleh kerajaan negeri gunakan untuk mengeluarkan status 25.3% (data tahun 2020) miskin tegar di Sabah. (kadar miskin tegar kebangsaan pada tahun 2020 adalah 8.4%).

Penulis tertarik dengan komitmen Perdana Menteri untuk menyelesaikan tuntutan/isu-isu tertangguh berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), agar ianya dimuktamadkan dalam penggal ini juga, supaya tiada sesiapa lagi mengangkatnya sebagai isu politik.

Semalam Perdana Menteri dalam ucapannya sempena kemuncak Pesta Keaamatan di KDCA, Penampang, mengakui bagaimana Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor sentiasa memohon tambahan peruntukan untuk projek-projek kemudahan rakyat, terutama kemudahan asas.

Pada hakekatnya, kerajaan Sabah sejak menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia, sangat memerlukan projek-projek yang mendapat peruntukan daripada Persekutuan, apabila jumlah geran tunai pada kerajaan negeri tidak disemak sejak tahun 1976, selain bayaran 40% bersih Persekutuan di Sabah tidak dikotakan.

Kerajaan Sabah hanya dapat bernafas sedikit bermula tahun 2003, apabila mengenakan cukai hasil pada keluaran komoditi kelapa sawit dan kemudiannya cukai minyak dan gas selepas Kerajaan GRS ditubuhkan pada September 2020.

Menerusi pendekatan baharu negeri itu, maka sejak tahun 2003, kutipan hasil negeri gradually meningkat, dan pada tahun 2022 mencatit rekod baharu apabila kutipan hasil hampir RM7bilion.

Amalan bajet surplus sejak tahun 2003, walaupun ada tahun-tahun tertentu terdapatnya bajet negatif, akan tetapi bajet surplus tahunan melebihi yang negatif, maka setakat Mei 2023, kerajaan Sabah mempunyai Rezab Simpanan Tunai berjumlah RM6.78 bilion.

Rezab simpanan tunai diperlukan sebagai asas penarafan kewangan negeri, untuk penilaian jika kerajaan negeri menerebitkan bon atau sukuk, kerana menerusi rezab yang tinggi, maka kos penerbitkan semakin rendah.

Walaupun Sabah mempunyai rezab sedemikian, tidak bercadang menggunakannya untuk membiayai projek-projek yang bercorak kemudahan awam, kerana peruntukan untuk projek-projek sedemikian adalah tanggungjawab Persekutuan. Manakala perbelajaan yang digunakan untuk projek-projek one off atau pembinaan secara one off menggunapakai bajet tahunan.

Menteri Kewangan Sabah pada Sidang DUN 22-25 Mei 2023, memberitahu, tata kelola kewangan ditambah dengan pengurusan/perbelajaan berhemah kerajaan adalah untuk menjamin perbelajaan tidak melebihi kutipan hasil. Kaedah ini akan diteruskan, sementara kerajaan negeri bersungguh-sungguh memperbesarkan kek ekonomi demi faedah rakyat.

Kerajaan GRS Sabah tidak memandang ke belakang lagi, sebaliknya terus bergerak ke hadapan, termasuk memanfaatkan sumber-sumber semulajadi negeri untuk membina perekonomian yang kukuh untuk masa depan rakyat.

Kerajaan negeri mempunyai iltizam sebelum Sabah lepas landas (take off) sebagai negeri maju, kalau tidakpun dapat mengeluarkan 25.3% rakyat miskin akan tetapi dapat mengurangkannya.

Sungguh malang bagi rakyat negeri ini, sebalik sumber semulajadi yang dimiliki, akan tetapi mempunyai ramai rakyat yang tergolong miskin, malah menempati urutan pertama di negara ini berpandukan data Jabatan Perangkaan Negara.

No comments:

Blog Archive