Thursday, June 01, 2023

PERDANA MENTERI AKAUI SABAH PERLU PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KERANA KEPERLUAN

DATUK Seri Anwar Ibrahim secara berjenaka, apabila melalui jalan raya di Sabah apa kah benar beliau menaiki kereta atau bot, kerana perjalanan walaupun lancar akan tetapi bergelombang.

Hakikatnya, berdekad lamanya jalan raya di Sabah memang lah demikian. Atas sebab itu, rakyat Sabah yang pernah memandu di jalan-jalan raya di Semenanjung timbul rasa cemburu, mengapa jalan seumpama itu tidak dibina di Sabah.

Alasan pemimpin terdahulu, jalan-jalan hebat di Semenajung adalah jalan berbayar (tol), akan tetapi jalan-jalan Persekutuan atau negeri di wilayah itu, melaluinya tidak lah rasa seperti menaiki bot.

Rasa bergelombang itu tidak perlu ke luar bandar, jalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu pun mempunyai sitausi sama. Gelombang ketara apabila melintasi jambatan menuju Menara Tun Mustapaha dan Menara Kinabalu. Cermin kereta penulis retak, kerana bonet depan terbuka kerana penulis tidak menyadari bahawa sambungan jalan utama dengan jambatan itu berlekok menyebabkan kereta terlambung.

Jalan-jalan di Sabah bukan sahaja bergelombang akan tetapi berlubang. Ada yang menyalahkan kualiti pembinaan jalan-jalan itu, dan kualiti penyelenggaran. Kualiti jalan raya selain bergantung kepakaran kontraktor yang membina/menyelenggara juga bergantung pada peruntukan.

Komitmen Perdana Menteri ke-10, berkaitan kemudahan asas rakyat Sabah & Sarawak kerana ianya “Tanggungjawab Persekutuan” dan berjanji menyalurkan peruntukan lebih kerana keperluan, merupakan pendekatan baharu kerajaan Persekutuan, kerana sebelum ini, tidak terdapatnya komitmen seumpama itu. Malah peruntukan yang diumumkan menerusi Bajet Persekutuan, rata-rata 30% daripadanya dikitar semula, kerana faktor birokrasi.

Untuk mengatasi peruntukan dikitar semula, kerajaan Persekutuan memutuskan, peruntukan di bawah RM50juta diputuskan sendiri oleh pihak negeri, atas sebab itu Jabatan Kerjaraya Sabah diiktiraf sebagai jabatan teknikal. Rentetan itu, kerajaan negeri mencadangkan pada kerajaan Persekutuan, mana-mana peruntukan yang tidak dapat direalisasikan pada tempoh peruntukan dimasukkan ke dalam tabung amanah negeri, dan dana itu boleh digunakan tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Menjadikan jalan-jalan raya di Sabah tidak lagi bergelombang/berlubang bukan sahaja memerlukan peruntukan besar akan tetapi memerlukan masa yang panjang, kerana melibatkan ribuan kilometer.

Sebenarnya Sabah, menghadapi kemudahan asas tiga serangkai- isu jalan raya,isu bekalan air dan bekalan letrik. Isu tiga serangkai itu cuba diselesaikan suatu masa dahulu menerusi peruntukan besar yang disalurkan menerusi KKLW, dengan istilah Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Eletrik Luar Bandar (BELB) semasa kementerian itu diterajui Datuk Shafie Apdal, namun, kerana ketirisan dana yang amat tinggi, akibatnya masalah kemudahan asas tiga serangkai itu seperti juga sebelum adanya inisiatif itu.

Diharapkan menerusi kerajaan hari ini, jika peruntukan besar daripada Persekutuan benar-benar ditunaikan, maka ianya perlu benar-benar digunakan bukan sahaja menyelesaikan keadaan jalan-jalan bergelombang dan berlubang, akan tetapi juga kemudahan asas itu bertahan lama kerana kualiti tinggi, kerana tiada lagi ketirisan.

No comments:

Blog Archive