Wednesday, May 31, 2023

10 PERDANA MENTERI- HANYA ANWAR HADIR KEMUNCAK PESTA KEAAMATAN


BENAR lah, selepas Tunku Abdul Rahman Al Haj, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar Perdana Menteri Malaysia, manakala 8 (sebenarnya 7) itu Perdana Menteri kaum melayu.

Memang Sambutan Pesta Keaamatan telah disambut sejak 63 tahun lalu, tetapi tidak lah sebesar seperti hari ini.

Menurut Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor kemuncak sambutan Pesta Keaamatan peringkat negeri kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila turut dihadiri pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Menteri berkata, kehadiran Perdana Menteri untuk meraikan sambutan perayaan Pesta Keaamatan sesungguhnya melahirkan rasa bangga dan teruja kepada rakyat Sabah khususnya daripada suku kaum Kadazandusun Murut Rungus (KDMR).

Keaamatan adalah perayaan yang berjaya mengangkat martabat budaya dan adat resam suku kaum kadazan Dusun Murut dan Rungus di Sabah.

Pesta Keaamatan pada suatu masa yang lalu menjadi isu politik, apabila kerajaan negeri pada masa itu menggantikannya dengan Pesta Rakyat, yang bertujuan menterangkumkan semua suku kaum di Sabah, akan tetapi mendapat tentangan hebat daripada KDMR, sehinggakan kerajaan yang menggantikan nama pesta itu kecundang pada pilihan raya negeri pada tahun 1985.

Mengubah nama Pesta itu juga punca Parti Bersatu Sabah (PBS) ditubuhkan, ekoran pemecatan Presiden KCA (Datuk Joseph Pairin Kitingan) daripada Parti Berjaya dan jawatan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Kini Pesta Keaamatan sudah menjadi perayaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri, dan peruntukan mengadakannya juga ditanggung kerajaan.

Memandangkan penganjuran pesta ini telah menjadi agenda negeri, telah membuahkan hasil, apabila negeri di kenali dunia menerusi pengajuran pesta ini.

Impak pesta ini, apabila ramai pelancong luar negara datang ke pesta ini setiap tahun setiap kali ianya diadakan pada 30-31 Mei.

Pesta Keaamatan, adalah pesta terlama di Sabah kerana diadakan secara terus menerusi selama sebulan bermula daripada 1 Mei.

Puncak pesta ini adalah penombatan Unduk Ngadau.

No comments:

Blog Archive