Wednesday, May 31, 2023

MENGAPA KENYATAAN PEMIMPIN POLITIK DIRAGUI?

MENGAPA kenyataan pemimpin politik diragui? Apa kah pemimpin politik adalah orang-orang yang tidak boleh lagi dipercayai?

Penulis terbaca berkaitan kenyataan dua pihak yang saling bercanggah, satu pihak daripada pemimpin Pas dan satu pihak daripada pemimpin Umno. Isunya adalah “jemputan menyertai kerajaan perpaduan”.

Menilai daripada kenyataan itu, cuba digambarkan oleh Presiden Umno bahawa kenyataan pemimpin Pas ( Presiden, Timbalan Presiden dan Mursidul Am) sebagai satu pembohongan.

Jika kenyataan pemimpin Pas itu sebagai pembohongan, maka teramat sukar untuk menerima kenyataan tiga pemimpin Pas teratas sanggup membuat kenyataan bohong, sangat bertolak belakang dengan status mereka, bukan sahaja pemimpin politik akan tetapi juga pemimpin agama.

Sebagai pemimpin agama, tidak perlu memberi peringatan berkaitan baik buruknya kenyataan bohong, kerana mereka arif mengenainya.

Benar kah pemimpin Pas berbohong? Atau memang kenyataan itu benar-benar wujud, akan tetapi dibimbangi oleh Presiden Umno menjadi kenyataan, kerana akan memberi kesan pada parti itu dalam kerajaan perpaduan?.

Jika lah berpandukan pada kerajaan perpaduan, sepatutnya semua parti yang mempunyai kerusi terangkum dalam kerajaan. Ertinya tidak patut mana-mana pemimpin dalam kerajaan menolak kerjasama itu.

Misi sebenar kerajaan perpaduan pada hakekatnya belum tercapai, kerana daripada 222 ahli parlimen, masih ada 74 yang membangkang (33.33%), kerana erti sebenar kerajaan perpaduan kosong pembangkang.

Akan tetapi penulis melihat percanggahan antara dua pihak itu, bukan berkaitan wujud tidaknya isu jemputan menyertai kerajaan perpaduan, akan tetapi berkaitan politik.

Isu politik yang dimaksudkan adalah isu sokongan kaum melayu. Para pemimpin parti dalam kerajaan perpaduan, khususnya PH, melihat, Umno tidak mampu membawa sokongan kaum itu pada parti itu?.

Memperkukuhkan sokongan kaum melayu dilihat parti Pas dihadapan berbanding parti-parti lain termasuk lah Bersatu.

Jika berpandukan pada pemimpin Pas, halangan menyertai kerajaan perpaduan, kerana kehadiran parti DAP, kerana parti itu mempunyai pengalaman bekerjasama dengan parti itu. Pengalaman yang dirasai itu, tidak boleh berulang lagi. Demikian juga pengalaman Bersatu dengan parti berlogo roket itu, enggan mengulangi lagi.

Menarik sokongan kaum melayu pada parti yang disertai parti DAP bukan mudah, kerana parti PKR dan Amanah merasainya. Pada PRU-15, tidak sampai 7% pengundi kaum melayu mengundi PH. Manakala PN/PAS hampir 60% dan bakinya Umno/BN.

Pada hakekatnya Umno mengambil risiko apabila bersama PH, dan jika menuurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Umno akan kehilangan sokongan 50% daripada penyokong yang menyokong parti itu pada PRU-15.

Melihat di negara ini semacam wujudnya sistem dua parti, iaitu blok parti disokong berbilang kaum dan parti berasaskan satu kaum, maka apabila Parti Pas bersama kerajaan perpaduan, maka membolehkan parti-parti kerajaan mendapat sokongan kaum melayu.

Apabila terwujudnya kerjasama semua parti, maka hanya mengatur agihan kerusi, dan kemudiannya menamakan Menteri Besar/Ketua Menteri di masing-masing negeri.

Apabila semua parti bekerjasama, maka terwujudlah kestabilan politik, kestabilan kerajaan. Kerajaan yang stabil mengundang banyak kebaikan pada negara dan rakyat, khususnya aktiviti ekonomi, termasuk kemasukkan pelabur asing dalam negara.

Pada prinsipnya, rakyat mahukan negara yang maju, aktiviti ekonomi yang rancak, kerana menerusinya rakyat boleh menambah pendapatan, sekali gus mengurangkan tekanan kos sara hidup.

Sepatutnya semua pemimpin politik mengarah ke destinasi ini, bukannya bersandar pada keeogaan masing-masing, kerana keegoaan itu ternyata tidak menguntungkan rakyat dan negara.

Pemimpin politik harus pandai mengatur kuasa masing-masing, demi rakyat dan negara. Jika negara makmur,maka rakyat juga ikut mengecapinya. Bukan kah itu sasaran pemimpin politik?

No comments:

Blog Archive