WALAUPUN rakyat dalam golongan berpendapatan rendah tidak terdedah sangat dengan barangan import yang terkait dengan nilai ringgit berbanding dollar amerika, akan tetapi, peningkatan harga barangan domestik yang hampir menyeluruh akan terus menekan golongan ini.
Sejak Covid-19 melanda negara pada Februari 2020, yang diikuti berkali-kali perintah Kawalan Pergerakan (PKP), telah memberi kesan pada semua peringkat aktiviti manusia, termasuk yang berbudi dengan tanah dan laut.
Terputusnya aktiviti berkaitan keluaran tradisonal ini, telah menyebabkan keluran berkurangan, dan telah mendorong peningkatan harga.
Kerajaan untuk jangka pendek bertindak mengimport, hanya untuk tujuan tidak terputusnya bekalan, walaupun harga jauh lebih mahal.
Dalam sejarah barangan, apabila harga naik, dan pada harga baru tersebut ada juga permintaan/pembeli, maka ianya satu isyarat pada peniaga bahawa pengguna mempunyai wang, dan mendorong mereka mengekalkan harga, dan pada masa sama secara “gradually” menaikkan harga dari masa ke semasa.
Hambatan (kekangan) utama bagi rakyat berpendapatan rendah kerana pendapatan golongan ini tidak meningkat seiring dengan peningkatan harga, kerana itu lah taraf kehidupan mereka tertekan.
Peningkatan Kos Sara Hidup bagi golongan berpendapatan rendah, yang menggunakan istilah B40, boleh menyebabkan sesebuah kerajaan tumbang dalam pilihan raya. Mengapa? kerana rakyat dalam golongan ini bertanya, mengapa kerajaan tidak mampu mengurus berkaitan isu ini, sedangkan sebelum menjadi kerajaan telah mengumpan rakyat dengan berbagai cara/keadah/formula untuk mengurus kos sara hidup.
Dalam keadaan kos sara hidup meningkat, kaedah yang perlu dilakukan, golongan yang terkesan ini perlu mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk dibelanjakan, ertinya perlu ada aktiviti ekonomi yang membantu mereka menambah/meningkatkan pendapatan atau ada bantuan tunai yang mencukupi seiring dengan peningkatan kos sara hidup.
Tindakan kerajaan memberi subsidi bil elektrik dan subsidi petrol pada golongan yang terkesan ini, tidak signifikan pada penghidupan harian mereka, kerana golongan ini memerlukan sebahagian besar pendapatan mereka untuk menyediakan makanan atas meja. Oleh kerana pendapatan tidak seiring dan peningkatan harga sangat berkesan mendapatkan keperluan kuantititi yang diperlukan.
Dalam satu dapatan/kajian akhbar Sinar Harian, menggariskan bahawa majoriti responden dalam kajian itu belum berpuas hati dengan cara kerajaan tangani inflasi dan kos sara hidup.
Dua isu dikatakan menjadi penanda aras pada PRN 6 negeri di Semenanjung pada tahun ini. Akan diketahui nanti, jika parti kerajaan Perpaduan di tolak, maka kerajaan perlu memberi keutamaan mengurus dua isu ini sebelum PRU16.
No comments:
Post a Comment