Tuesday, May 30, 2023

PRN 6 NEGERI: KAUM SEBAGAI PENENTU

TIGA kaum di Semenanjung akan menentukan apa kah PH/BN atau PN/PAS menang kerusi terbanyak.

Pada PRU15 kaum melayu condong kepada PN/PAS diikuti BN, manakala kaum cina dan india pada PH.

Pada PRN 6 negeri, tumpuan hanya di kawasan kaum melayu, kerana hanya di kawasan sedemikian ada persaingan, manakala kawasan majoriti cina, sudah mutlak milik PH terutama parti DAP.

Mencongak-congak keputusan, hanya melihat kawasan majoriti kaum melayu, kemudian melihat kehadiran pengundi cina dan india di kawasan sedemikian.

Jika kawasan-kawasan yang mendapati peratus pengundi cina dan india hampir 40%, boleh lah diramal, kawasan itu bakal dimenangi PH/BN.

Berpandukan pada penanda aras itu, maka tidak akan berlaku kejutan besar pada PRN 6 negeri, sebaliknya akan mengekalkan status quo, walaupun berlaku nisbah baharu jumlah kerusi antara blok parti.

Keputusan Umno bersama PH, membantu parti itu kekal relevan dalam politik tanah air. Mengapa? kekuatan sesebuah parti atau relevannya parti itu diukur pada jumlah kerusi yang dimenangi semasa pilihan raya.

Umno pada hakekatnya mendapat lebih banyak manfaat bekerjasama dengan PH, berhadapan perpecahan undi kaum melayu.

No comments:

Blog Archive