Monday, May 29, 2023

SEKSYEN 6(7) PERLEMBAGAAN SABAH: DI SEBALIK PENOLAKAN PARTI WARISAN

SEKSYEN 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah daripada awal-awal lagi sebelum seksyen itu dimansuhkan menerusi undian belah bahagian menerusi Sidang DUN Sabah pada 25 Mei 2023, cuba digunapakai Parti Warisan, kali pertama semasa PRN16 Sabah apabila memujuk parti DAP agar calon parti itu menggunakan LOGO Warisan; kedua sejurus selesai PRN itu, dan ketiga pada 6 Januari 2023 cubaan melucutkan jawatan Datuk Seri Hajiji Haji Nor daripada jawatan Ketua Menteri.

Penekanan seksyen itu, wakil rakyat yang boleh dilantik ke jawatan Ketua Menteri mestilah ketua sebuah parti yang menang kerusi terbanyak, tidak tergunapakai untuk wakil rakyat lain meskipun dalam sebuah parti

Oleh kerana Perlembagaan Negeri Seksyen asal, iaitu Seksyen 6(3) yang merumuskan prerogatif TYT melantik seseorang wakil rakyat ke jawatan Ketua Menteri yang menurut hemat beliau mendapat sokongan majoriti ahli dewan atau lebih 50% kerusi yang dipertandingkan sejurus sesebuah pilihan raya, maka Seksyen 6(7) yang digubal pada 25 Mei 1990 belum pernah digunapakai semasa melantik Ketua Menteri, melainkan hanya Seksyen 6(3).

Seksyen 6(3) digunakan melantik Ketua Menteri semasa penggiliran Ketua Menteri pada tahun 1994-2003.

Kerajaan Sabah pada hari ini berpandangan termasuk para ADUN Umno , oleh kerana senario politik negara/negeri sudah berubah, di masa hadapan, maka ketua menteri yang dilantik hanya mempunyai dua persyaratan, iaitu wakil rakyat (ADUN) dan mendapat sokongan majoriti (lebih 50% ahli dewan), tidak bersandar lagi pada parti yang terbanyak kerusi dalam satu-satu gabungan parti, sebabnya, tiada jaminan lagi seseorang ketua parti atau ketua gabungan parti-parti mesti menang dalam pilihan raya.

Namun di pihak Warisan, tersangat yakin, bahawa mana-mana ketua sesebuah parti terjamin menang dalam pilihan raya, atas sebab itu, semua ADUN parti itu menolak pemansuhan Seksyen 6 (7).

Tersangat jelas, bahawa pemimpin Warisan mengutamakan jawatan, seperti mana tindakan parti itu memujuk parti DAP menggunakan LOGO Warisan, untuk memastikan Datuk Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri, berasaskan Seksyen 6(7).

Benar juga sejurus PRN16 tamat, Shafie cuba mempergunakan seksyen 6(7), sambil itu memujuk Parti PBS untuk berpaling tadah. Oleh kerana Parti PBS enggan melayan, dan TYT kekal menggunakan prerogatif beliau melantik Ketua Menteri menerusi Seksyen 6(3).

Jika dihayati dengan cermat, Seksyen 6(7) tidak relevan lagi dengan senario politik Sabah yang sudah berubah, kerana parti masa depan negeri bukan lagi berlandas pada single parti melainkan gabungan berbagai parti. Apabila Seksyen 6(7) dimansuhkan dan hanya Seksyen 6(3) digunapakai dalam perlantikan Ketua Menteri, maka menggambarkan kedudukan/status setiap pemimpin dalam gabungan parti-parti ada lah sama, tiada mana-mana parti mendominasi parti-parti lain.

Berbeza dengan pendekatan Parti Warisan, yang mempunyai hasrat mendominasi parti-parti lain, seperti mana tindakan parti itu memujuk parti DAP menggunakan LOGO parti itu.

No comments:

Blog Archive