Sunday, May 28, 2023

HAKEKATNYA PERJUANGAN ABATA UMNO TAMAT PADA TAHUN 1990?

BETUL perjuangan asas parti Umno adalah AGAMA ISLAM,BANGSA MELAYU DAN TANAH MELAYU (ABATA) semasa ditubuhkan pada Tahun 1946.

Apabila parti itu mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990, secara rasmi tahun 1991, maka berakhirlah asas perjuangan parti itu, sebaliknya berganti demi rakyat khususnya bumipuera dan negara.

Apabila mantan Setiausaha Agung parti itu- Datuk Ahmad Maslan menyeru ahli/penyokong parti mengundi calon DAP semasa PRN 6 Negeri (kemudiannya beliau menafikannya) adalah wajar kerana asas perjuangan parti itu bukan lagi khusus untuk agama islam, bangsa melayu (walaupun dalam perlembagaan parti itu mengekalkan ABATA), akan tetapi secara praktikalnya telah bertukar kepada rakyat dan negara.

Rakyat negara ini berbilang kaum, termasuk kaum melayu. Sebagai parti terbesar (sebelum PRU15), maka semestinya parti itu memperjuangkan rakyat dan negara.

Oleh kerana sebahagian besar kaum melayu merasa tebalnya faktor agama dan kaum, dan melihat Parti Umno bukan lagi parti yang memperjuangkan dua faktor tersebut, maka menjadi katalis untuk mereka menyokong parti yang mengutamakan dua elemen tersebut.

Parti Bersatu dan Parti Pas menyedari senario perubahan ini, maka mempertingkatkan mempergunakan dua elemen (agama islam dan melayu) untuk mengikat kaum terbesar di Semenanjung itu.

Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019 (Stadium Melawati, Shah Alam Selangor), Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan Pas telah mengembalikan rasa menebalnya elemen agama dan kaum.

Walaunpun Umno menjauhkan diri daripada MN semasa PRU15, akan tetapi semangat kaum itu mempengaruhi mereka dalam PRU itu, atas sebab itu, hampir 60% pengundi kaum itu di kawasan-kawasan tradisi kaum itu telah memilih Perikatan Nasional (PN) dan Pas. Sebagai kesannya maka Parti Umno, tidak menang sebarang kerusi di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Melaka.

Tetapi keadaannya akan berbeza, apabila hanya melibatkan dua blok parti yakni antara PH/BN dan PN/PAS yang akan berlaku pada PRN 6 negeri pada tahun ini.

PH/BN berbekalkan sokongan kaum melayu hampir 40%, dengan sokongan kaum cina 90% dan India 80%, maka membolehkan calon-calon Umno khususnya boleh menang di kawasan-kawasan kaum melayu.

Oleh kerana senario sedemikian (disebutkan) bakal berlaku, maka PH/BN mempunyai peluang besar di Kedah, selain mempertahankan Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, dan dalam keadaan 50:50 di Terengganu.

Perlu diingat, tiada kawasan pun di semua persempadanan pilihan raya negara ini, hanya terdapat pengundi daripada satu kaum.

Senario politik negara yang semakin berubah pasca PRU-14, adalah cerminan perjalanan politik tanah air, atas sebab itu, Sabah dan Sarawak mendahuluinya, dengan menterangkumkan semua kaum dalam asas perjuangan masing-masing parti.

Di Semenanjung kerjasama antara PH/BN juga menuju ke arah menterangkumkan 3 kaum dalam wadah politik, dan tentu melawan parti yang mengikatnya dirinya dengan kaum dan agama yang homogen- PN/PAS (walaupun adanya parti Gerakan, sebagai pelengkap, akan tetapi, parti itu hanya tinggal atas nama, kaum yang biasa menyokong telah lama menolak parti itu).

Penulis tidak pasti bagai mana komposisi masing-masing kaum di Semenanjung semasa PRN 6 negeri, kerana senario politik tanah air tidak menentu sejak tahun 2018. Jika lah trend seperti PRU-15, ada kemungkinan di masa depan, akan terwujud sistem dua parti di Semenanjung, iaitu blok parti berbilang kaum dan parti berasaskan kaum.

Maka terpulang kepada kaum melayu, dalam konteks kerajaan Persekutuan, apa kah mahu menjadi peneraju di peringkat Persekutuan, atau hanya terhad di peringkat negeri. Sama-sama kita lihat kesudahannya.

No comments:

Blog Archive