Friday, May 26, 2023

KETUA MENTERI SABAH: HANYA ADUN DAPAT SOKONGAN LEBIH 50% KERUSI

BAHASA mudahnya selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2023 (Larangan Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti) diluluskan, maka di masa depan, mana-mana ADUN selepas pilihan raya memohon kesediaan membentuk kerajaan, dan jika menurut pandangan TYT ADUN itu mempunyai sokongan lebih 50% ahli dewan, maka boleh dilantik sebagai Ketua Menteri. Keadah ini sebenarnya sudah terpakai semasa penggiliran Ketua Menteri Sabah 1994-2003.

Pelembagaan negeri Seksyen 6 (7) yang dimansuhkan, kerana selain menimbulkan kekeliruan juga tidak sesuai lagi dengan senario politik negeri, kerana seksyen ini membawa pengertian bahawa calon Ketua Menteri itu, wajib sebagai ketua parti yang bertanding dalam pilihan raya, dan parti yang diketuai itu wajib juga mempunyai kerusi terbanyak. (Jika merujuk calon ketua menteri itu wajib sebagai ketua parti, andai kata ketua/presiden itu kalah atau bukan ADUN, maka membebankan TYT menggunakan budibicara/membuat keputusan).

Maksud Seksyen 6 (7) yang dimansuhkan mengikat TYT walaupun Seksyen 6(3) TYT hendaklah melantik ADUN yang menurut pandangan beliau mendapat sokongan lebih 50% atau sokongan majoriti ahli-ahli dewan.

Oleh kerana senario politik sekarang, tidak mudah bagi sesebuah parti mendapat majoriti lebih 50%, melainkan parti itu adalah parti gabungan daripada berbagai parti.

Pembatalan Seksyen 6(7) Perlembagaan Negeri, adalah supaya tidak berulang lagi keadaan selepas PRN-16 pada September 2020, apabila parti Warisan menggunakan Seksyen ini untuk menlobi TYT untuk melantik ketua parti itu sebagai Ketua Menteri, dengan pengertian, parti itu menang kerusi terbanyak berbanding parti-parti lain.

Pada PRN-16 Sabah, Parti Warisan adalah single party yang menang kerusi terbanyak iaitu 29, walaupun dicampur dengan PKR dan UPKO hanya berjumlah 32 daripada 73, manakala parti ke-2 terbanyak adalah Perikatan Nasional (PN)-17 kerusi, BN-14, PBS-7 dan bebas 4. Oleh kerana PN-BN-PBS-Bebas bergabung, maka mempunyai lebih 50% kerusi DUN, iaitu 41. Gabungan ini menamakan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai calon Ketua Menteri.

Sebelum perlantikan Hajiji, Parti Warisan cuba mempengaruhi Parti PBS untuk berpaling tadah, namun cubaan itu tidak mendapat layanan.

Selain itu juga, Seksyen 6(7) cuba digunakan sekali lagi oleh Parti Warisan dan ADUN Umno kumpulan Datuk Bung Moktar Radin pada 6 Januari 2023, ekoran tindakan ADUN Bersatu mengistiharkan sebagai ADUN langsung GRS.

Tindakan Shafie dan Bung yang menggunakan Seksyen ini, kerana GRS bukan lah sebuah parti yang bertanding dalam PRN-16, atas sebab itu Pengerusinya yang juga Ketua Menteri hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri. Cubaan Shafie dan Bung itu, pada hakikatnya, hanya memesongkan pandangan rakyat, atas sebab, Seksyen 6(7) hanya terpakai sejurus sesuatu pilihan raya.

Agar supaya kekeliruan berkaitan Seksyen 6(7) ini tidak berulang, maka kerajaan off the day berpendapat, seksyen ini perlu dimansuhkan, untuk memudahkan TYT menggunakan budibicara dalam proses melantik Ketua Menteri hanya bersandar pada Seksyen 6(3) Perlembagaan Negeri.

Semalam (Khamis) semasa undian belah bahagian di DUN Sabah untuk pemansuhan Seksyen 6(7) semua ADUN Warisan (14 Adun) menolaknya, walaupun menjadi sebahagian yang menyokong RUU Anti Lompat.

Selepas undi belah bahagian, yang menyokong Seksyen 6(7) dimansuhkan seramai 61, menolak 14, tidak hadir 4 (dua ADUN PKDM- Datuk Peter Anthony-Melalap, Datuk Wetrom Bahanda-Bandau; dua ADUN Umno- Datuk Bung Moktar Radin-Lamag dan Datuk Suhaimi Nassir-ADUN dilantik).

Manakala ADUN yang menyokong RUU Anti Lompat seramai 75 termasuk daripada Warisan dan Umno.

RUU Anti Lompat ada lah kali kedua diluluskan oleh DUN Sabah, kali pertama pada 25 Mei 1990 dan kali ke-2 pada 25 Mei 2023. Kebetulan, untuk kali ke-2 ini ADUN yang masih berpeluang menyokong adalah Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Mohamadin Ketapi.

RUU Anti Lompat yang diluluskan, pada hakikatnya bertujuan mengutamakan sesebuah parti, dan para ADUN yang mewakili parti perlu bertanggungjawab secara kolektif pada parti, kerana mengingat sesebuah parti itu mempunyai ahli dan penyokong. 

Di masa lalu, sesebuah parti yang mendapat mandat rakyat, boleh hilang kuasa, kerana tindakan perorangan wakil rakyat parti itu, atas sebab kehilangan sokongan majoriti, seperti mana berlaku pada parti PBS tahun 1994 dan BN/Star pada tahun 2018.

Di masa depan, dengan adanya RUU anti lompat ini, setidak-tidaknya  mengekalkan sokongan/mandat pada sesebuah parti hasil keputusan pilihan raya.

No comments:

Blog Archive