PENULIS sebahagian rakyat negeri ini yang mengalami berkaitan bekalan air dan letrik, secara terus menerus sejak zaman kanak-kanak, daripada tiada sama sekali, kepada ada, akan tetapi seperti chip more, kadang ada,kadang tiada.
Semasa di kampung (kampung yang pernah penulis tinggal sehingga kini belum tersedia apa itu yang dinamakan Bekalan air bersih/terawat; manakala bekalan letrik hanya bermula pada tahun 1990, tepatnya semasa PRK Usukan, calon Umno melawan calon PBS).
Mungkin secara kebetulan,kerana keupayaan penulis hidup tanpa air bersih/terawat, maka semasa bertugas sebagai penjawat awam, kerap dipindahkan ke kawasan yang kurang bekalan air termasuk bekalan ke rumah. Sepanjang berkhidmat, penulis bergantung pada pergi/tube well, tetapi masih bersyukur ada bekalan elektrik.
Kini, sejak awal tahun 2000, sudah bermastautin di Kota Kinabalu. Sepanjang tempoh itu, terus mendapat pengalaman berkaitan bekalan terganggu samada air atau letrik.
Maknanya, isu air dan letrik bukan lah isu baru di Sabah. Setiap masa, kerajaan off the day berusaha memenuhi keperluan asas ini, atas sebab itu, dua kemudahan asas ini telah membawa pihak swasta menguruskannya, bekalan letrik diambil alih oleh Tenaga Nasional Berhad pada tahun 1998, bekalan air banyak melibatkan syarikat swasta, terutama yang mengurus loji-loji air.
Suatu ketika, dua kemudahan asas ini mendapat peruntukan besar daripada kerajaan Persekutuan yang diurus oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW- kini nama telah diubah, wilayah kepada Desa) yang berjumlah bilion ringgit, kesannya ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab menjadi kaya luar biasa, sehingga dijumpai ratusan juta ringgit di pejabat/rumah/akaun bank/aset-aset berharga, dan kini sedang dibicarakan di mahkamah. Kesannya kemudahan asas ini (baca air) semakin kronik, kerana infra yang perlu diganti tidak diganti, sehingga yang usang bukan sahaja bertambah usang akan tetapi rosak, sehingga menyebabkan bekalan hilang begitu sahaja di telan bumi atau menjadi uap.
Sekali lagi isu dua kemudahan asas ini menjadi topik hangat bukan sahaja di kalangan rakyat akan tetapi kerajaan/pemimpin,kerana mereka juga mendapat kesan.
Seperti biasa, seperti mana yang lalu-lalu, setiap masalah, mesti ada usaha mengurus/menyelesaikannya, maka tersenarai lah tindakan jangka pendek/jangka panjang. Oleh kerana semua usaha/tindakan itu memerlukan wang/peruntukan, maka disenarai lah jumlah yang diperlukan, bukan calang-calang jumlahnya, bilion ringgit.
Bekalan air misalnya memerlukan peruntukan bilion ringgit, akan tetapi kutipan hasil daripada pelaburan itu, amat sedikit, kerana memang lah demikian sifat kemudahan asas, bukan bertujuan komersial. Kutipan hasil hanya untuk cover kos-kos yang terlibat, termasuk kerja-kerja penyelenggaran. Berbeza dengan bekalan letrik, walaupun juga bersifat kemudahan asas, akan tetapi bersifat komersial sedikit, atas sebab itu, kutipan berbanding pelaburan boleh disifatkan berbaloi.
Berkaitan keterjaminan penyelesaian dua kemudahan asas ini, penulis telah mengikutinya lebih 40 tahun, dan dalam tempoh masa itu, ternyata sehingga ke hari ini, masalah yang sama terus berulang. Atas sebab itu, penulis berani menulis/mengatakan, dalam tempoh sedekad (satu dekad itu 10 tahun), isu dua kemudahan asas ini, tiada jaminan akan selesai.
Hakikat yang perlu diterima, permintaan terhadap dua kemudahan asas ini, akan terus meningkat, dan tentunya berhadapan dengan sumber yang semakin berkurangan/semakin mahal. Misalnya air, sumber semakin berkurangan/ pencemaran, demikian tenaga/letrik, bahan api semakin mahal.
Oleh kerana jaringan kemudahan yang ada sudah daif, permintaan semakin meningkat, sumber yang terhad, “replenish” yang memerlukan masa, tenaga, dana) maka isu/masalah dua kemudahan asas ini akan rakyat Sabah rasai dan berlanjutan sehingga pada suatu tempoh masa yang tidak pasti.
Penulis tabik hormat setiap pemimpin kerajaan off the day yang cuba menyelesaikan dua kemudahan asas ini, akan tetapi usaha mereka itu belum mencukupi untuk menoktahkan masalah dua kemudahan asas ini.
No comments:
Post a Comment