Saturday, June 03, 2023

GERAN KHAS DAN 40% CUKAI BERSIH PERSEKUTUAN BERBEZA

ADA rakyat Sabah tidak dapat membezakan antara Geran Khas Persekutuan dengan 40% Cukai Bersih Persekutuan, sedangkan ianya berbeza.

Mahkamah akan membuat keputusan mengenaikan takrifan ini, menerusi permohonan semakan pemula SLS (Persatuan Peguam Sabah) terhadap Kerajaan Persekutuan berkaitan 40% Cukai Bersih Persekutuan di Sabah.

Penulis melihat, tindakan SLS itu adalah satu tindakan merungkai kekeliruan mentafsir persetujuan Kerajaan Negeri dan Persekutuan berkaitan bayaran geran khas yang dipersetujuai pada April 2022 selama 5 tahun, iaitu sehingga tahun 2026, sebelum formula muktamad berkaitan 40% Cukai Bersih dicapai.

Merujuk kenyataan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengenai persetujuan bayaran geran khas itu, atas sebab kerajaan negeri dan Persekutuan sedang memperhalusi kaedah atau formula muktamad once for all berkaitan bayaran 40% cukai bersih Persekutuan di Sabah.

Oleh kerana isu bayaran 40% cukai bersih persekutuan menunggu tafsiran mahkamah, maka sepatutnya tiada lagi ulasan mengenainya, kerana dibimbangkan boleh membawa pada perbuatan menghina mahkamah.

Sebagai catitan sejarah geran khas ini cukup panjang, kerana ianya diberikan sebaik sahaja Sabah menjadi salah satu wilayah membentuk Persekutuan Malaysia. Isunya hanya kerana jumlahnya tidak disemak setiap 5 tahun seperti mana dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jumlah geran khas itu sehingga 2019 setiap tahun berjumlah RM26.7 juta, dinaikkan sekali ganda pada tahun 2020 kepada RM53.4 juta, sehingga RM106.8 juta dalam tempoh 5 tahun ( semasa kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan PH dan Sabah parti Warisan).

Akan tetapi jumlah geran khas itu sudah berubah, tidak sama lagi dengan persetujuan pada April 2022, ekoran perubahan kerajaan Persekutuan, atau dengan kata lain persetujuan itu telah luput, kerana menerusi kerajaan baharu (kerajaan perpaduan selepas PRU15) bayaran geran khas untuk Sabah bukan lagi berjumlah RM129.7 juta bagi tahun 2023, sebaliknya RM260 juta.

Perlu diingat, bayaran khas ini sebenarnya terpakai untuk Sarawak, manakala Sabah 40% Cukai bersih Persekutuan di Sabah.

Sementara menunggu formula muktamad berkaitan bayaran 40% cukai Bersih Persekutuan yang perlu dikira bermula 50 tahun lalu, maka untuk sementara, geran khas dibayar.

Seperti kata Ketua Menteri Sabah, selepas formula berkaitan 40% cukai bersih Persekutuan tersebut dimuktamadkan, maka akan dilakukan timbang tara antara geran bayaran geran khas dan cukai 40% tersebut, mana yang terkurang atau mana yang terlebih, akan tetapi, kerajaan negeri berpendapat, jumlah geran khas itu jauh lebih rendah berbanding 40% cukai bersih Persekutuan di Sabah. Oleh kerana pertimbangan itu, maka kerajaan negeri akan terus berunding/menuntut bayaran itu.

Sejarah tuntutan 40% Cukai Bersih Persekutuan di Sabah, telah menjadi isu sekian lama, bukan pada masa Shafie menjadi Ketua Menteri akan tetapi sebelum itu, kerana mana-mana pemimpin Sabah sentiasa berunding dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan bayaran tersebut, isunya hanya belum terealisasi.

Semasa Shafie menjadi Ketua Menteri, dan sebahagian Kerajaan PH, juga bersetuju dengan bayaran geran khas apabila teruja, apabila angka RM26.7juta dinaikkan pada RM53.4juta, dan merasa puas kerana jumlah itu terus dinaikkan sehingga RM 106.8 juta dalam tempoh 5 tahun. Tidak berbangkit pulaisu bayaran 40% Cukai Bersih Persekutuan di Sabah pada masa itu, berbeza dengan Kerajaan Sabah diterajui Hajiji, sementara bersetuju dengan jumlah bayaran geras khas yang berkali-kali ganda sehingga tahun 2026, akan tetapi pada masa sama terus menutut 40% Cukai Bersih Persekutuan di Sabah.

Berkaitan dakwaan penyokong Parti Warisan (laskar keyboard) bahawa asas SLS memohon seamakan kehakiman kerana kesan pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub) pada April 2022 bahawa ada persetujuan dengan kerajaan negeri (Datuk Seri Hajiji Haji Noor) berkaitan bayaran geran khas yang menaik dalam tempoh 5 tahun sementara menunggu proses pemuktamadan formula 40% Cukai Bersih Persekutuan daripada Sabah, pada hakikatnya tindakan SLS itu lebih bersifat pentadbiran agar Sabah dapat memperjelas statusnya berkaitan persetujuan itu. Walau apa pun,kerana ianya telah dirujuk ke mahkamah, maka nantikan sahaja keputusan mahkamah.

No comments:

Blog Archive