Hakikat perlu diterima menurunkan kos sara hidup dengan menurunkan harga sama seperti tindakan mencari jarum dalam tumpukan jerami.
Pada dasarnya, kerajaan maklum, pendapatan rakyat negara ini terutama golongan Bawah 40 (B40) sudah berdekad berkeadaan stagnant (mandek), tidak bergerak selari dengan peningkatan kos sara hidup.
Pada tahun 2009, sebaik Perdana Menteri ke-6 mengambil alih tampuk pemerintahan negara memperkenalkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai upaya mengurangkan beban rakyat.
Asas BR1M sebagai pendekatan jangka pendek, sementara kerajaan merangka pendekatan jangka panjang untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Kini, BR1M yang berkali-kali mengalami perubahan NAMA sudah menjadi DASAR kerajaan kerana diteruskan oleh kerajaan yang mengambil alih, namun, solusi jangka panjang masih belum nampak bayang-bayang.
Pendekatan kerajaan semacam “fire fighter” cuba membantu segmen-segmen rakyat terkesan dengan berbagai kaedah seperti jualan murah, akan tetapi kesannya hanya sementara.
Penulis tidak nampak sebarang usaha kerajaan selepas BR1M diperkenalkan, kecuali semasa pandemik Cocid-19, kerajaan membenarkan penyimpan KWSP mengeluarkan sebahagian simpanan hari tua mereka, kerajaan menghantar bakul makanan pada rakyat yang terkepung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pendekatan lain yang tidak menyeluruh seperti JANAWIBAWA yang kini menjadi bualan rakyat, menjadi sebahagian penyebab ketirisan dana awam.
Penulis mengikuti berbagai laporan berkaitan kutipan hasil negara/negeri yang terus meningkat, selain pengumuman projek-projek yang membuka peluang-peluang pekerjaan, lebih sedekad lalu, akan tetapi di lain pihak ratusan ribu rakyat negara ini masih menganggur ditambah lagi tiada pergerakan gaji secara sukarela, melainkan tindakan gaji minimum.
Kenyataan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang juga Speaker DUN Johor- Datuk Puad Zarkashi sebenarnya satu isyarat pada kerajaan off the day, terutama mereka yang menjaga perekonomian negara untuk bertindak DILUAR KOTAK, supaya dapat ditemukan solusi yang boleh menyelesaikan kesan kos sara hidup.
No comments:
Post a Comment