Monday, June 05, 2023

BAYARAN KHAS PERSEKUTUAN PADA SABAH - ADA YANG KELIRU

JIKA ada yang keliru berkaitan bayaran khas itu memang wajar, kerana isu itu kurang menjadi perhatian sebelum ini, kerana keutamaan adalah tuntutan 40% cukai bersih Persekutuan di Sabah.

Tidak diketahui apa puncanya, bayaran khas itu, dibayar diseragamkan dengan Negeri Sarawak, sedangkan untuk Sabah bukan bayaran khas.

Pada April 2022, Perdana Menteri ke-9 telah mengumumkan persetujuan dengan kerajaan negeri bahawa satu jadual bayaran khas persekutuan dirangka sehingga tahun 2026, sementara menunggu pemuktamadan formula berkaitan 40% cukai Persekutuan di Sabah kerana pengiraan perlu undur ke belakang sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Jumlah bayaran khas itu menurut jadual memang meningkat berkali-kali ganda, kerana sebelum persetujuan baharu itu, jumlah bayaran hanya RM26.7 juta setiap tahun.

Berpandukan pada jadual persetujuan itu, apabila formula pengiraan dimuktamadkan,akan berlaku sinkronise antara yang telah dibayar dengan jumlah terakru yang baharu, semacam buku kira-kira, antara debit dan kredit. Masing-masing pihak akan akur, apa kah debit terlebih atau kredit terlebih atau sebaliknya.

Mereka yang keliru menyalahkan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengapa menerima bayaran khas seperti mana jadual, mengapa tidak teguh dengan tuntutan bayaran 40% cukai bersih? Atas sebab itu, penjelasan perlu dilakukan.

Pada 14 September ini, Mahkamah akan memberi tafsiran berkaitan permohonan semakan Pertubuhan Undang-Undang Sabah (SLS) berkaitan bayaran 40% cukai Persekutuan di Sabah sesuai dengan Artikel 112C dan 112D Persekutuan.

Pada hakikatnya persetujuan antara kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan bayaran khas persekutuan pada Sabah sebelum pemuktamadan formula tuntutan 40% Cukai Persekutuan di Sabah, kerana mengambil pendekatan sebagai satu keluarga, dengan istilah “pakai dulu apa yang ada sebelum semua urusan selesai”.

Memandangkan Sabah memerlukan suntikan tunai untuk keperluan rakyat yang mendesak, maka menerima “bayaran pendahuluan” itu. Lagi pun jumlah pendahuluan itu cukup signifikan daripada segi jumlah, kerana lebih setengah bilion ringgit atau mungkin lebih, kerana pada tahun 2023 saja berjumlah RM260 juta, tahun 2022 RM125.6 juta, sedangkan menurut jadual bayaran “pendahuluan” sehingga tahun 2026.

Ditakdirkan Sabah bertukar Ketua Menteri atau kerajaan, jika tidak, bayaran pendahuluan itu kurang RM300 juta, jumlah terakru untuk 5 tahun.

Jika cyrto atau penyokong Parti Warisan/pembangkang mempertikai persetujuan Hajiji berkaitan jadual bayaran khas Persekutuan pada Sabah pada April 2022, rujuk lah keputusan Datuk Shafie Apdal semasa masih Ketua Menteri Sabah.

Sepatutnya tiada sesiapa yang mempertikai persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan bayaran khas, kerana ianya urusan keluarga Malaysia, dan akan selesai akhirnya.

No comments:

Blog Archive