Tuesday, June 06, 2023

PRN 6 NEGERI- APA PELUANG UMNO?

DALAM demokrasi berparlimen yang diamalkan negara, jumlah kerusi cerminan kekuatan sesebuah parti politik.

Di luar pilihan raya, sehebat mana pun gempak sesebuah parti, akan tetapi semasa pilihan raya, tidak menang banyak kerusi, maka cerminan bahawa parti itu tidak kuat.

Pada 6 PRN negeri di Semenanjung, akan dilihat, di antara parti-parti akan diketahui kekuatan masing-masing menerusi kerusi yang dimenangi.

Peluang sesebuah parti menang kerusi banyak, apabila bertanding banyak kerusi. Tiada cara sesebuah parti menang banyak kerusi jika hanya bertanding sedikit.

Oleh kerana pada PRN 6 negeri, pertembungan hanya antara PH/BN dan PN/PAS, akan dilihat nanti, blok mana yang paling banyak menang kerusi.

Di 6 negeri yang bakal mengadakan pilihan raya, tumpuan hanya di kawasan majoriti kaum melayu, kerana di kawasan-kawasan ini sahaja ada persaingan.

Akan dilihat nanti, di kawasan-kawasan ini, apa kah Umno yang mewakili kaum melayu dapat menarik sokongan kaum itu, seperti mana sebelum-sebelum ini.

Umno dan calon melayu PH memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 30% pengundi melayu untuk menang, kerana mengambilkira sokongan kaum lain.

PRN 6 negeri, akan menjadi ukuran kerjasama PH/BN khususnya di kawasan kaum melayu.

PRN ini adalah peluang bagi Umno menang banyak kerusi, dengan mengambilkira sokongan penyokong PH.

Umno dalam upayanya menang kerusi banyak hanya terbantut di Selangor dan Pulau Pinang, jika status quo dikekalkan, iaitu kerusi penyandang dikekalkan oleh parti penyandang. Manakala di negeri-negeri lain, parti itu boleh bertanding di kawasan-kawasan yang disandang PN/PAS.

Jika lah kerjasama PH/BN membenarkan Umno bertanding lebih banyak kerusi di Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu, dan jika calon-calon parti itu menang, maka menjadi petunjuk bahawa parti itu kuat semula.

Sama-sama kita nantikan, agihan kerusi, dan dari situ, kita nampak bagai mana peluang Umno, apa kah kembali kuat?.

No comments:

Blog Archive