Wednesday, June 07, 2023

PRN 6 NEGERI: UMNO DILIHAT KUAT JIKA MERAMPAS KERUSI DISANDANG PN/PAS

DI kawasan kaum melayu, akan berlaku “give and take” antara Umno dan calon-calon melayu PH. Penyokong Umno yang umumnya melayu, dan penyokong PH yang umumnya kaum lain, saling komplemen untuk memastikan kemenangan, dengan kata lain kerjasama menang-menang. Secara logiknya, demikian lah erti kerjasama dua parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama menang-menang itu adalah visi pemimpin dalam PH/BN.

Tiada keraguan bagi kaum bukan melayu, PH ada lah pilihan mereka. Manakala kaum melayu, berbelah bahagi antara PN/PAS dan Umno. Dua senario ini lah yang berlaku pada PRN 6 negeri.

Jika berpandukan pada PRU15, lebih separuh pengundi kaum melayu mengundi PN/PAS.

Akan tetapi pada PRN 6 negeri, oleh kerana hanya ada dua blok parti bertanding, maka memberi kelegaan sedikit pada Umno, kerana hanya perlu sokongan 30% pengundi kaum melayu untuk menang di kawasan-kawasan yang ditandingi atas bantuan pengundi kaum lain.

PN/PAS perlu menerima hakikat, bahawa parti itu tidak mendapat sokongan kaum lain selain kaum melayu.

Akan nampak nanti, apabila calon-calon Umno berjaya merampas kerusi-kerusi PN/PAS, maka parti itu mendapat manfaat kerjasama dengan PH.

Bagi PH pula, kerjasama dengan Umno untuk memastikan setiap calon parti itu bukan sahaja menang akan tetapi akan meningkatkan jumlah majoriti kemenangan, kerana tanpa Umno pun, calon-calon parti itu akan menang di kawasan-kawasan yang disandang.

Jika senario ini berlaku, mungkin akan berterusan, sama seperti calon-calon MCA dan MIC serta Gerakan suatu masa lalu, sangat bergantung pada penyokong Umno. Tiga parti itu terasa bahangnya, apabila sokongan kaum melayu terhadap Umno berkurangan, maka kesannya tiga parti itu kehilangan banyak kerusi, malah Gerakan kosong kerusi pada PRU-14.

Keputusan Umno bersama PH (walaupun diluaran berselindung dengan Titah YDP Agong), pada hakikatnya menyelamatkan parti itu. Dengan terselamatnya parti itu, secara gradually dapat memujuk kaum melayu kembali menyokong.

Persoalannnya, boleh kah Umno mendapat sokongan 30% pengundi melayu pada PRN ini?. Fakta ini lah yang mahu dilihat pada PRN 6 negeri dalam tempoh sebulan dua daripada sekarang.

No comments:

Blog Archive