Thursday, June 08, 2023

KESAN JIKA SUBSIDI BERASASKAN NDI (NET DISPOSIBLE INCOME)

ADA ura-ura kerajaan perpaduan menukar kategori kehidupan rakyat negara yang digolongkan pada B40,M40 dan T20 kepada NDI (net disposible income), iaitu baki pendapatan selepas ditolak komitmen/liabiliti sebagai asas pemberian subsidi.

Berpandukan pada kategori baharu ini, kemungkinan mereka dalam golongan T20 akan bertukar menjadi golongan yang juga menikmati subsidi, kerana NDI golongan ini akan serupa dengan mereka yang berada pada kategori B40 atau M40.

Jika pendekatan baharu ini digunapakai kerajaan, kemungkin besar semua rakyat negara ini tidak lagi terkecuali daripada barangan/perkhidmatan bersubsidi.

Hakikatnya, di negara ini, tiada larangan bagi mana-mana rakyat mendapat barangan/perkhidmatan bersubsidi, kerana tiada keadah yang digunapakai, melainkan terletak pada setiap rakyat, apa kah mahu barangan/perkhidmatan bersubsidi ataupun tidak.

Kerajaan hanya boleh mengawal perkhidmatan tertentu seperti bil letrik atau kos menunaikan haji akan tetapi, tidak dapat mengawal pembelian minyak bersubsidi, LPG atau perkhidmatan lain, termasuk RON95.

Bagi pendapat penulis, kerajaan perlu memikirkan bagai mana meningkatkan pendapatan setiap rakyat berbanding memikir kaedah pemberian subsidi.

Pemberian subsidi telah terbukti tidak dapat menghalang kenaikkan kos sara hidup, malah semakin kronik.

Jika lah subsidi berbilion itu digunapakai untuk aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat, kebarangkalian tinggi, ramai rakyat negara ini tidak terkesan sangat dengan kos sara hidup.

No comments:

Blog Archive