Tuesday, May 23, 2023

PRN 6 NEGERI: KEPUTUSAN YANG SUKAR DIRAMAL

MERAMAL keputusan pengundi bukan mudah. Mereka yang cuba meramal, seperti mana PRU-15 lalu, akhirnya kecewa dengan ramalan masing-masing.

Demikian juga pada PRN 6 negeri akan datang ini, keputusan juga sukar diramal, walaupun ada petunjuk, iaitu keputusan PRU-15.

Mereka yang cuba menganalisis keputusan, hanya berpandukan pada keputusan lalu, tetapi keputusan lalu, tidak semestinya berlaku, seperti mana keputusan PRN Melaka dan Johor, sama sekali berbeza dengan keputusan PRU-15.

Jika ada pemimpin politik mendakwa bahawa parti masing-masing akan mendapat sokongan, ianya hanya pembangkit semangat dan propaganda.

Data apa pun digunakan, sebelum hari pengundian, tidak statik, akan sentiasa berubah, termasuk semasa berbaris menunggu kertas undi.

Akan tetapi, jika berpandukan pada sentimen, secara umumnya, boleh lah diramal, bahawa pengundi berasaskan kategori akan cenderung memilih parti tertentu. Akan tetapi sebesar mana kecenderungan kategori pengundi sedemikian? apa kah boleh mempengaruhi keputusan?

Jika benar lah pola pengundian PRU-15 berterusan, maka di Kedah, Kelantan dan Terengganu, PN/Pas akan menang besar, selain boleh menang banyak kerusi di Negeri Sembilan dan Selangor. Akan tetapi, pola pengundian pada PRN 6 negeri tidak seperti mana pola pengundian pada PRU-15, kerana mengambil contoh pola pengundian pada PRN Melaka dan Johor.

Pendek kata, sebelum keputusan PRN itu diumumkan, tiada sesiapa yang boleh membuat ramalan tepat, parti mana yang menang banyak kerusi dan dapat menubuhkan kerajaan.

Hakikatnya keputusan pada sesebuah pilihan raya bergantung pada beberapa faktor, antara lain peratusan pengundi keluar mengundi, peratusan keluar mengundi berasaskan kategori umur, peratusan pengundi yang keluar mengundi berasaskan kaum.

Semua kategori pengundi berbekalkan persepsi masing-masing terhadap parti-parti yang mengambil bahagian, calon-calon, selain sentimen/isu-isu semasa.

Pada era ini, pengundi tidak mudah termakan lagi janji-janji, atas sebab mereka terbiasa dikencingkan dengan janji-janji bulan bintang.

Faktor utama yang mengikat pengundi adalah agama dan kaum. Parti mana yang dianggap sebagai pelindung pada dua faktor itu, parti itu lah yang bakal dipilih.

Perubahan dasar sesetengah parti pasca PRU-15, yang kelihatan lari daripada asas perjuangan parti, menjadi faktor penolak pada parti sedemikian.

Rakyat yang menolak itu tidak termakan laungan perpaduan atau apa jua istilah, kerana faktor utama bagi mereka, ada lah agama dan kaum.

Faktor agama dan kaum tidak terhad pada kaum melayu dan rakyat beragama islam sahaja, akan tetapi juga dengan kaum lain dan agama lain.

Dalam pilihan di negara kita, jelas, kaum cina dan india condong pada parti-parti PH, terutama DAP, manakala kaum melayu, dahulu dengan Umno, kini dengan PN/PAS.

Berasaskan PRU-PRU atau pilihan raya lalu, kaum yang berpecah adalah kaum melayu, atas sebab itu, mana-mana parti berasaskan kaum melayu, maka perlu sokongan kaum lain untuk menang dalam keadaan dua penjuru, jika lebih daripada itu, maka keputusan seperti PRU-15.

Parti berasaskan kaum melayu hanya bertanding di kawasan melayu, manakala parti berasaskan kaum cina di kawasan kaum itu. Oleh kerana kaum melayu berpecah, maka perlu sokongan kaum lain, manakala kaum cina kompak, maka tidak perlu sokongan kaum lain.

Secara umum berhadapan dengan PRN 6 negeri, di kawasan majoriti kaum melayu akan bertembung antara Umno dan PN/PAS. Umno akan mendapat sokongan kaum cina/india kerana bersama PH dalam kerajaan perpaduan. Sebab itu, apabila PN mengatakan perlu 70-80% undi kaum melayu untuk menang di kawasan-kawasan yang ditandingi, jika kurang daripada itu, maka calon-calon Umno akan muncul sebagai pemenang.

Hakikatnya, faktor agama dan kaum adalah ikatan perpaduan tanpa saingan, selain daripada dua faktor ini, hanya bertujuan menghalalkan cara , untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan yang tidak kekal.

No comments:

Blog Archive