Wednesday, May 24, 2023

KOMPOISI ADUN SABAH SEBELUM RUU ANTI LOMPAT


MENJELANG pembentangan RUU Anti Lompat pada Sidang DUN Sabah 22-25 Mei 2023, komposisi atau kedudukan masing-masing parti ditabulasikan pada Tabel di atas.

Nampaknya parti PGRS (Gagasan Rakyat) telah menjadi parti terbesar/terbanyak kerusi diikuti Parti Warisan dan Umno.

Daripada 79 kerusi tersebut, Warisan dan Umno adalah parti yang membangkang, walaupun ada ADUN Umno yang penulis kategorikan sebagai pro-GRS dalam Tabel, kerana mereka sebahagian daripada kerajaan.

RUU Anti Lompat dijangka tidak mempunyai masalah untuk diluluskan memandangkan ADUN yang menyokong kerajaan telah berjumlah 2/3.

ADUN Pembangkang tiada pilihan lain, selain menyokong RUU tersebut, walaupun sebelum pembentangan itu Parti Warisan mahu meneliti kandungan RUU itu sebelum menyokong.

Undang-Undang Anti Lompat yang bakal diluluskan adalah persediaan untuk PRN akan datang, supaya mempermudah pembentukan kerajaan, berasaskan keputusan pilihan raya mengikut parti.

Untuk penggal ini, selepas Undang-Undang itu diluluskan/digazet adalah untuk memastikan kerajaan off the day menghabiskan penggal yang diberi mandat rakyat, dan sebagai jaminan tiada lagi gangguan ditengah jalan seperti mana berlaku pada 6 Januari yang lalu.

No comments:

Blog Archive