Tuesday, March 07, 2023

SERANGAN PADA GRS UNTUK MENYEKAT RAKYAT SABAH MENYERTAI PARTI ITU

SUDAH satu kelaziman, apabila sesebuah parti diminati rakyat, maka pemimpin parti-parti yang terancam menyerang parti itu.

Serangan pada GRS bukan sahaja di majlis-majlis perjumpaan politik, media tempatan, media sosial, akan tetapi termasuk di parlimen.

Mereka yang menyerang itu, ada lah parti yang merasa bahangnya kehadiran parti GRS dipersepada politik Sabah.

Serangan terbaharu, datangnya daripada Ketua Penerangan Parti Warisan Datuk Aziz Jamman, mantan ahli parlimen Sepanggar yang gagal mempertahankan kawasan itu pada PRU-15, apabila mendapat undi tercorot daripada tiga calon. Parlimen Sepanggar dirampas oleh calon PKR daripada Pakatan Harapan (PH).

Parti GRS yang terdiri daripada 5 parti-Gagasan Rakyat, PBS, STAR, SAPP dan USNO sedang menerajui Kerajaan Negeri Sabah.

Aziz cuba menjadi Pak Nuzum bagi GRS dengan merekayasa cerita ilusi, dengan membuat dakwaan, jika sekiranya berlaku pergolakan politik di Peringkat Persekutuan, maka GRS lah parti pertama meninggalkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak sedar kah Aziz atau pura-pura lupa, bahawa Kerajaan Perpaduan disokong oleh 148 ahli parlimen, 36 kerusi di atas majoriti mudah.

Tidak terfikir kah oleh Ketua Penerangan Parti Warisan itu, bahawa GRS hanya ada 6 ahli parlimen!!! Apa yang boleh dibuat oleh 6 ahli Parlimen tersebut, dengan bertindak menarik sokongan?

Apa kah Aziz tidak mengambil iktibar tindakan parti itu bersama kumpulan Datuk Bung Moktar dan Datuk Peter Anthony pada 6 Januari, yang begitu yakin dapat menumbangkan kerajaan negeri, kerana mempunyai 40 ADUN/kerusi daripada 79. Dengan jumlah kerusi diatas kertas sedemikian, lalu menghitung anak ayam sebelum telur menetas, dan akhirnya gagal. Hilang akal kah para pemimpin GRS dengan hanya 6 kerusi bertindak menarik sokongan? seperti mana ilusi Aziz!!!.

Aziz cuba mengalih pandang, dengan kejadian yang berlaku dalam parti Warisan yang semakin lumpuh, kerana ditinggalkan ramai wakil rakyat dan penyokong akar umbi parti itu, akan tetapi mantan ahli Parlimen Sepanggar itu, menggunakan peluru kapur untuk menyerang, tidak berasas, sehinggakan kenampakan sangat, tidak menerima hakikat sebenar, bahawa parti beliau semakin ditolak.

No comments:

Blog Archive